berita

73% Tablet Telah Diedarkan Buat Pelajar Dari Golongan Keluarga B40 Di Seluruh Negara

November 18th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Dalam usaha untuk membangunkan infrastruktur digital di seluruh negara, kerajaan melalui Aspirasi Keluarga Malaysia dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih telah mewujudkan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia dengan membekalkan sebuah peranti tablet kepada setiap pelajar dari keluarga B40 yang layak di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara.

Ia bertujuan untuk membantu penuntut atau mahasiswa sepenuh masa dari kategori ini untuk meneruskan pengajian di peringkat tertiari.

Sejak dilancarkan pada September tahun ini, sehingga kini, lebih 252,000 atau 73% daripada 350,000 permohonan Peranti Siswa yang diluluskan telah diedarkan kepada mereka yang layak.

Untuk pengetahuan korang, inisiatif PerantiSiswa ini adalah di bawah Bajet 2022 dengan peruntukan dana sebanyak RM450 juta untuk membekalkan setiap pelajar yang layak dengan sebuah peranti tablet percuma yang berkualiti tinggi dan mempunyai spesifikasi terkini, lengkap dengan casing, keyboard dan stylus pen.

Ianya untuk memastikan proses pengajian para mahasiswa dari golongan keluarga B40 terus terpelihara.

Bagi mahasiswa negeri Pahang pula, kerajaan juga telah mengagihkan sebanyak 12,900 atau 65% tablet kepada yang layak.

Kerajaan turut memperluas program ini kepada 4 lagi kategori penerima termasuklah, pelajar program asasi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pelajar matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelajar semester satu dan dua sekolah menengah serta pelajar diploma vokasional Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Vokasional.

Inisiatif ini juga menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan pelajar.

“Mudah sangat nak buat assignment di mana-mana” – Syahirah, 20

Bagi pelajar tahun 3 UITM Lendu, Nurul Syahirah Azidin, PerantiSiswa model Samsung Galaxy Tab A8 LTE sangat memudahkannya untuk membuat tugasan di mana-mana.

“Sangat membantu bila nak bawa ke mana-mana dan ambil notes dalam kuliah. Model pun bagus dan tak cepat ‘hang’, nak download editing software pun tiada masalah,” katanya.

“Nak beli sendiri memang tak mampu” – Razin, 21

Datang dari latar belakang keluarga golongan B40, pelajar Diploma Universiti Perguruan Sultan Idris ini bersyukur dengan adanya program PerantiSiwa ini.

“Lepas je permohonan saya diluluskan, saya sangat lega dan gembira. Sebagai pelajar sepenuh masa, nak beli tablet berkualiti tinggi memang tak mampu. Terima kasih PM bagi kemudahan macam ni kepada pelajar,” ujarnya.

Menurut Perdana Menteri, “Kerajaan menyediakan Peranti Siswa untuk anak-anak Keluarga Malaysia bagi merapatkan jurang digital dengan menyediakan satu tablet bagi seorang mahasiswa yang berada dalam kelompok keluarga B40,”

 

Rujukan: 

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/perantisiswa.html

SKIP THIS AD ×