Anda pernah dengar makanan yang bernama ‘Bento’ ni? Mungkin antara anda yang pernah dan mungkin ada yang tak. Bagi peminat makanan Jepun mesti familiar dengan makanan ni. Pertama kali bila kami tengok makanan memang bentuknya sangat lah comel dan kreatif.
Sebenarnya mudah je kalau korang nak cuba buat makanan ni di rumah sebab kebanyakan bahan-bahan yang digunakan memang confirm ada di dapur. Contohnya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Haa.. apa lagi? Jom try!
1) Bunny Bento
Bahan-bahan untuk menghasilkan Bunny Bento seperti yang di atas ni senang je dan kos tak mahal. Apa yang anda perlu ada ialah baby carrot, brokoli, chicken ham, roti, jam dan juga tomato. Kalau anda nak gantikan dengan bahan-bahan lain pun boleh. Ikut kreativiti anda.
2) Three In a Row
Bahan-bahan yang anda boleh gunakan: Timun, Karot, Pasta, Kentang Putar, Campuran Sayur-sayuran, Meatball
3) Cat and Mouse
Bahan-bahan yang anda boleh gunakan: Brokoli, Cheese, Karot, Biskut, Strawberri, Roti Sandwich, Salad
4) Pizza Box
5) Safari Lunch
Bahan-bahan yang anda boleh gunakan: Mac & Cheese, Cheese (Pada bahagian muka), Telur Omelette, Peanut Butter dan Carrot
6) So Chipper
Bahan-bahan yang anda boleh gunakan: Pasta, Tomato, Bertihan Jagung, Brokoli, Salad, Nuget Ayam
7) Tall Order
Bahan-bahan yang anda boleh gunakan: Tomato, Bertihan Jagung, Brokoli, Nuget Ayam, Kacang Panjang
8) Panda Pack
Bahan-bahan yang anda boleh gunakan: Roti, Telur, Asparagus, Salad dan buah-buahan seperti anggur dan juga apple
Sumber: www.parenting.com