berita

8 Food Truck Best Sekitar Lembah Klang, No 5 Sedap!

August 23rd, 2017 | by Shafika
MyResipi

Selain daripada restoran hipster yang menjadi trend pada masa kini, food truck juga antara salah satu tarikan rakyat Malaysia. Dengan harga yang berpatutan dan sedap, kita dapat menikmati pelbagai jenis makanan.

Ada yang bertapak di satu tempat sahaja, ada juga yang bergerak ke satu tempat lain. Bagi penduduk Lembah Klang, ini 9 port food truck terbaik korang boleh cuba!

Babarittos Delight

Dengan berkonsepkan seperti bas sekolah, food truck ini berjaya menarik perhatian ramai. Kombinasi warna kuning memang mengimbau kembali zaman persekolahan dulu. Femes dengan kelazatan Buritonya, tak heran kalau orang berduyung beratur membeli. Buttermilk Chicken Burito paling best! Wajib beli okay.

Curbside Cantina

 

Siapa yang mencari makanan Mexico wajib cuba foodtruck ini. Bayangkan makanan Mexico dijual di tepi jalan, namun rasanya setanding di restoran. Tak percaya boleh cuba! Diusahakan oleh suami isteri, food truck ini menjadi kegemaran ramai pelanggan.

Wheeloaf

Boleh dikatakan bakeri bergerak, food truck ini pasti menjadi kegilaan buat peminat roti. Makanannya berasaskan roti rangup yang dimakan dengan ayam atau cheese. Yang penting Beef Panini memang terbaik!

OMFJ (Oh My Fruit Juice)

Siapa peminat minuman buah-buahan pasti akan mencuba food truck ini. Menjual pelbagai jenis juice dengan hanya berharga RM8, food truck ini sering dipenuhi pelanggan yang inginkan minuman sihat. Korang jangan lupa cuba!

Negative Celsius

Bukan foodtruck biasa, menjual pencuci mulut yang pasti boleh korang kecur air liur. Memang best! Ini memang feveret admin, bayangkan Macaroon Ice Cream Sandwich dengan pelbagai topping pilihan. Sesuai untuk mereka yang mahukan makanan manis yang sedap.

Flaming Wheels

Bukan hanya berada di Malaysia, food truck ini juga terkenal di luar negara kerana rupa pada truck ini memang menarik. Menjual pelbagai makanan western, anda wajib cuba mencuba makanan ini!

Little Fat Duck

Antara food truck yang menjadi kegemaran ramai. Bayangkan kini lebih 3 cawangan di buka dengan pelbagai pilihan pasta. Jangan risau, tiada itik diletakkan dalam masakan atau menu itik. Hehe.

Cowboy Foodtruck

Terkenal dengan American-style BBQ, food truck ini sering dikunjungi pelanggan yang inginkan kelainan. Selain itu, makanan ini juga dapat memuaskan selera anda! Wajib cuba!

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×