berita

8 Guru Positif Di Terengganu, Ibu Bapa Bimbang Nak Exam

January 23rd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 diarah tutup selama 14 hari selepas mendapati lapan guru di sekolah itu disahkan positif Covid-19 semalam. Penutupan itu akan dikuatkuasa bermula 22 Januari 2021 hingga 5 Februari depan. Pengarah Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus mengesahkan pihaknya mengeluarkan perintah penutupan premis bagi kawalan perebakan penyakit berjangkit.

Sekolah ditutup 14 hari

Bagi menjalankan kuasa mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 332), sekolah itu diarahkan ditutup selama 14 hari bagi mengelakkan perebakan penyakit berjangkit.

Pihak sekolah diperintahkan mematuhi arahan kerja membasmi kuman dan kegagalan mematuhi perintah adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 22 (b), Akta 342. Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 24 (a) akta yang sama boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau keduanya sekali.

Walau bagaimanapun, sekolah itu belum memulakan sesi persekolahan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dikuatkuasakan kerajaan semalam. Pengurusan sekolah itu sudah menghubungi semua ibu bapa murid mengenai penangguhan pengagihan buku teks yang sepatutnya dijadualkan Ahad ini.

Di ruangan komen, rata-rata melahirkan rasa bimbang menghantar anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan ke sekolah memandangkan penyakit Covid-19 masih lagi melanda. Tak kurang juga yang mencadangkan agar guru-guru juga perlu membuat swab test sebelum memulakan pengajaran.

Risiko tinggi

Perlu swab test cikgu dan pelajar

Difahamkan, semua ibu bapa murid Tahun Satu dan Enam di sekolah itu diarahkan tidak memasuki dan menghampiri kawasan sekolah.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×