berita

8 ‘Hotspot’ Resort & Homestay Yang Awesome Gila Untuk Family Short Getaways!

September 9th, 2015 | by Noraniza
Make-It-Senang

villa

Nak bawa anak-anak melancong ‘overseas’ tak mampu. Yelah, ‘currency’ Malaysia pun tak berapa nak baik sekarang ni kan?

Tapi, tak bermakna anda perlu mengabaikan masa berkualiti bersama anak-anak kan? Well, kami nak cadangkan beberapa lokasi yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk bawa anak-anak bercuti. Harga pun rasanya masih bawah bajet!

1. Agrofarmstay, Melaka

Screen Shot 2015-09-09 at 12.00.55 PM

Resort ini menyediakan pelbagai jenis tempat penginapan seperti River View 10 bedded, D’ Lodge 6 bedded, Garden View 8 bedded dan tidak ketinggalan yang paling menarik perhartian kami ialah Villa 14 bedded. Kiranya memang sesuailah untuk keluarga besar. Malah, rasanya boleh buat family day besar-besaran di sini.

Selain itu, Agrofarmstay ini juga menyediakan kemudahan lain seperti swimming pool, BBQ pit, Karaoke room, pet house, dan taman herba. Back to nature gitu!

agrofarm

Lokasi : AGROFARMSTAY @Skill-Tech, Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong / Machap, 76100 Durian Tunggal, Melaka.
Harga : RM 200 – RM 950 satu malam ( bergantung pada jenis penginapan)
Hubungi : 012-211 8246 (En.Bari) / 016-209 8623 (En.Mat)
Website rasmi: Agrofarmstay.my

2. Swiss Garden Resort Residences, Kuantan

Screen Shot 2015-09-09 at 12.40.52 PM

Buat pengetahuan korang, Swiss Garden Resort Residences Kuantan ini baru sahaja dibuka. Memang manarik sebab ada theme park yang boleh tahan besar. Malah, resort ini berhadapan dengan laut. Memang syok!

swiss garden

Lokasi : Swiss Garden Resort Residences Kuantan, Jalan Kuantan-Kemaman, Mukim Sungai Karang, 26100 Beserah, Kuantan Pahang.
Harga : RM 650 – RM 1500 (bergantung pada jenis bilik)
Hubungi : 09 – 518 2888
Website rasmi : Swiss Garden.com

3. Umang-Umang Resort, Kuala Linggi

Screen Shot 2015-09-09 at 12.16.56 PM

Umang-umang resort, Kuala Linggi ini pun tak kurang menariknya kerana menyediakan pelbagai kemudahan untuk keluarga besar bercuti. Mempunyai beberapa jenis bilik, kami pasti resort yang menghadap pantai ini menjanjikan 1001 kenangan manis untuk anda semua.

Antara kemudahan yang disediakan ialah padang permainan kanak-kanak, camp site, mini zoo, padang pemainan volleyball dan macam-macam lagi.

umang-umang

Lokasi: Umang-Umang Chalet ( Hermit Crab Chalet ), Lot 602, Batu 31, Bukit Darat,Pantai Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, MELAKA
Harga : RM 100 – RM 180 (berganting pada jenis bilik)
Website Rasmi: Umang-umang Chalet Blogspot

4. Ivy Chalet, Cameron Highland

Screen Shot 2015-09-09 at 1.03.04 PM

Nak merasa suasana sejuk pula? Nah, Ivy Chalet yang terletak di Cameron Highland ini pasti bukan sahaja dapat memberikan keseronakan kepada anak-anak, tapi kepada ibu bapanya juga. Hihi.

Dilengkapi dengan taman permainan mini kanak-kanak, anda pasti teruja untuk bercuti di sini! Malah, privacy pun diutamakan tau di sini.

cameron

Lokasi : No 6, Taman Setia, Cameron Highland
Harga: RM 250
Website rasmi: Ivy Chalet Cameron Highland

5. Kampungstay Desa Murni, Pahang

Screen Shot 2015-09-09 at 2.35.06 PM

Terletak 15 minit daripada tol Temerloh, Kampungstay Desa Murni pula mengetengahkan konsep ‘kampung’ di homestay mereka.

Selain itu, perkhidmatan spa, swimming pool dan juga permainan tradisional disediakan untuk pengunjung.

kampungstay

Lokasi: Kampong Stay Desa Murni, Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.
Harga: RM 90 – RM 180 (Bergantung pada jenis bilik)
Hubungi : 09 – 284 7949
Website rasmi : www.kampungstaydesamurni.com

6. Tok Janggut Homestay & Retreat, Taiping

Screen Shot 2015-09-09 at 2.50.30 PM

Siapa kata Taiping takde tempat menarik untuk bercuti bersama anak-anak? Nah, Tok Janggut Homestay ini adalah antara tempat yang harus dikunjungi bersama keluarga tersayang.

Suasana yang tenang dan perkhidmatan swimming pool yang disediakan ini nescaya dapat memberikan anda sekeluarga memori manis.

tok janggut

Harga: Tidak dinyatakan
Hubungi : Mak Yang Ida ( 013-3886867)
Website rasmi: tokjangguthomestayretreat.blogspot.my

7. Merdeka Beach Resort, Kedah

Screen Shot 2015-09-09 at 3.02.38 PM

Ha. Kalau orang Utara tu takyah susah hati aih nak pergi jalan jauh-jauh. Merdeka Beach Resort juga menyediakan percutian mendamaikan untuk anda sekeluarga. Ada pantai, swimming pool dan macam-macam lagi!

Screen Shot 2015-09-09 at 3.06.09 PM

Lokasi : Pantai Kuala Muda, Sungai Petani Kedah, 08300 Malaysia.
Harga : RM 138- RM 399 (Bergantung pada jenis bilik)
Websiter rasmi : Merdeka Beach Resort

8. Sunnah Koruss Resort, Janda Baik

Screen Shot 2015-09-09 at 3.13.00 PM

Bosan dengan laut? Nah, rasai kesejukan dan kejernihan air sungai di Sunnah Koruss, Janda Baik. Malas nak cerita, tengok je la sendiri keindahan ‘back to nature’!

Screen Shot 2015-09-09 at 3.16.15 PM Screen Shot 2015-09-09 at 3.16.25 PM Screen Shot 2015-09-09 at 3.16.32 PM

Lokasi : Janda Baik, Pahang
Harga : Seperti yang dinyatakan
Website rasmi : www.facebook.com/suunahkorussresort

Sebenarnya banyak lagi lokasi hotspot percutian menarik untuk korang sekeluarga. Nak tahu kat mana lagi? Tunggu…..

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×