(gambar hiasan)
Pernah tak sedang ‘syok’ buat kerja, tiba-tiba teringat momen-momen indah semasa kecil di mana korang tidak memikirkan apa-apa selain daripada bermain seharian. Tiada masalah kewangan, tak kenal apa itu traffic jammed dan tak fikir pasal kerja.
Lagi best bila nenek kesayangan korang sentiasa bersama di sisi sambil tersenyum melihat kerenah nakal korang. Erm.. Rindunya dekat nenek!
(gambar hiasan)
Bila dengar je ayam berkokok, tu tandanya nenek akan jerit daripada dapur untuk bangunkan kami adik beradik. Fuh, so masing-masing dah bersedia nak mengigil mandi air perigi yang sejuk menggila tu. Tak mainla swimming pool!
(gambar hiasan)
Lepas mandi air sejuk mengigil, perut pun mulalah lapar. Tapi, nasib baiklah nenek memang memahami kerenah cucu-cucunya ni. Apalagi, nenek pun hidangkan nasi lemak dan teh tarik ‘kaw’. Fuh!
(gambar hiasan)
Dah salam nenek, berlari ke basikal untuk pergi sekolah. Eh, nenek siap tapaukan lagi nasi lemak untuk makan waktu rehat nanti. Takut cucu lapar katanya.Oh nenekku…
(gambar hiasan)
Balik sekolah, bagi salam dan terus peluk nenek sambil tanya “nenek masak apa untuk tengahari?”. Sambil tersenyum nenek cakap “Nenek dah masak mee goreng. Makanlah!”
Oh ya.. Dulu mana ada dapur gas, so nenek biasanya akan masak dengan dapur arang je. Tapi, kalau korang nak tahu rasanya lebih sedap tau bila pakai dapur arang ni!
(gambar hiasan)
“Nenek… Lepas solat Asar boleh tak nak pergi mandi sungai?” – Soalku dengan muka manja
“Ha.. Pergila. Ajak yang lain sekali. Jangan mandi tempat dalam dan balik sebelum Maghrib”- Yes! Nenek bagi green light!
(gambar hiasan)
Errmm.. Mana boleh nak lepaskan peluang makan roti canai nenek yang semestinya dijamu dengan teh tarik ‘kaw’. Bukan kami je yang ‘terangkat’, malah ayah dan ibu yang baru pulang dari tempat kerja pun join sekaki makan roti canai ‘umpph’ air tangan nenek.
(gambar hiasan)
Nenek cakap suruh jalan elok-elok. Tapi… kami lagi suka berlari. Yelah, nanti kalau lambat Ustazah bagi nombor last pulak! Jom lari!!
Eh. Jangan salah faham. Kami bukan buli nenek tau! Tapi nenek memang suka masak. Malah, resipi turun-temurun tu pun digunapakai oleh mak pulak!
Tapi kan semenjak pindah ke bandar ni, memang jarang sekali nak rasakan momen-momen indah macam zaman duduk di kampung dulu. Asyik hadap mee segera je.
Memangla suasana tu tak sebiji macam di kampung. Tapi, memandangkan hanya berpeluang untuk jumpa nenek dan merasakan air tangannya semasa cuti perayaan atau cuti panjang, Teh Tarik Place mungkin sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan kan?
Ermm… Terliur pula bila tengok menu di Teh Tarik Place yang rasanya saling tak tumpah macam masakan nenek. Ada roti canai, mee goreng, nasi lemak dan yang paling penting Teh Tarik ‘kaw’ yang boleh buat korang dan ahli kerluarga sembang sampai tak sedar dah malam. Malah, suasana di Teh Tarik Place pun sangat sesuai untuk jadi tempat ‘chill’ dengan member-member.
Well, selain daripada apa yang kami senaraikan di atas, korang ada tak lagi momen-momen ‘the good old days’ yang nak dikongsikan bersama kami?
Dah alang-alang melepak di Teh Tarik Place tu, korang jangan lupa untuk upload foto-foto tersebut di Instagram dengan menggunakan hashstag #thegoodolddays dan #TTPThrowback.
Barulah boleh mengimbau kenangan manis zaman silam bersama tersayang sambil menghabiskan masa berkualiti di hujung minggu kan? Enjoy!
Untuk maklumat lanjut anda boleh terus layari laman web Teh Tarik Place. Awesome!