Semalam berlangsungnya Festivel Filem Malaysia yang ke 27. Bagi kami FFM27 berjaya mencapai objektif utama, iaitu memberi penghargaan bukan sahaja untuk artis, malah orang-orang di belakang tadbir yang menjayakan sesuatu filem. Tanpa orang-orang tu, mungkin sesuatu filem tak dapat dihasilkan.
Jom kita imbas kembali best moment dan juga awkward moment ketika berlangsungnya FFM27 semalam. Korang tengok ke tak? Huhuuu.
Shaheizy Sam gagal mengikut tema pakaian yang ditetapkan. Selalunya bila tibanya anugerah berprestij macam ni mesti Shaheizy Sam menarik perhatian dengan pakaian yang segak.
Shaheizy Sam juga macam terlalu mempromosikan filem terbarunya. Agak over sikit..
Filem Kami Histeria mengalami kekalahan terbesar dalam FFM27 dengan tercalon dalam 8 kategori tetapi pulang dengan tangan kosong
Filem ini mungkin tak dapat sambutan ketika tayangan di pawagam, tapi berjaya memenangi 5 anugerah termasuk filem terbaik di FFM27.. Tahniah!
Dulu dengar cerita Fazura dan Shaheizy Sam ni pasangan bercinta tapi terputus di tengah jalan. Ketika menyampaikan anugerah nampak awkward moment sikit di situ. Tapi kami pasti mereka berjaya handle perasaan dengan penuh profesional. Hehe