Pulau sememangnya merupakan antara tempat yang terbaik untuk lari dari kesibukan di kota. Tidak hairanlah kalau rakyat Malaysia memilih pantai sebagai destinasi percutian mereka. Kami kongsikan dengan anda beberapa pulau di Asia Tenggara yang boleh anda kunjungi. Paling penting, ianya menjanjikan ketenangan jiwa dengan keindahan pantainya yang semulajadi.
Boracay Filipina
White Beach sesuai untuk mereka yang suka berenang kerana perairannya yang rata dan tenang. Persisiran pantai yang sejauh 3 batu ini dianggap sebagai salah satu pantai yang paling popular di Boracay kerana menawarkan pelbagai aktiviti, restoran tepi pantai dan hiburan malam. Penginapan pula dipecah menjadi tiga bahagian di sepanjang pantai, Stesen 1, 2 dan 3, mengikut kesesuaian bajet anda. Untuk kesana anda boleh menaiki kapal terbang terus dari Malaysia. Penerbangan mengambil masa kira-kira dua jam.
Pulau Similan, Thailand
Terdiri daripada 11 kepulauan yang terletak di pantai barat Thailand, Kepulauan Similan yang terletak di Laut Andaman ini merupakan pulau yang menakjubkan dibawah pelindungan kerajaan Thailand. Di bawah perairan air yang jernih ini, terdapat syurga buat penyelam dan snorkel. Dengan cuaca yang hangat sepanjang tahun, ini adalah tempat yang sempurna untuk melihat karang cantik dan ikan tropika yang indah dalam suasana yang damai.
Koh Rong, Combodia
Buat mereka yang ingin lari dari kesibukan kota, ini merupakan tempat yang sesuai buat anda. Di sini, pembangunannya kecil dan alam semulajadi masih tidak terjejas. Penginapan mereka yang ala-ala kampung di pesisiran pantai menjadikannya salah satu pulau paling terkenal di Asia. Terletak sejam dari Sihanoukville di Kemboja, pulau ini tidak ada jalan raya dan lampu juga terhad pada waktu malam. Walau pun begitu, pulau ini adalah berbaloi untuk dikunjungi kerana keindahan coral dan ikan eksotik yang ada.
Raja Ampat, Indonesia
Raja Ampat, juga dikenali sebagai Empat Raja, adalah pelbagai pulau yang menakjubkan di Papua di bahagian timur Indonesia. Pulau-pulau ini pernah dinobatkan sebagai tempat menyelam terbaik di dunia. Malah, pulau ini adalah mempunyai 75 peratus spesies karang dan hampir 1,300 spesies ikan yang berlainan. Penyelam berpengalaman juga boleh menikmati keseronokan menyelam drift, dan meneroka dinding batu di bawah air. Untuk kesini anda boleh terus mencari penerbangan Air Asia untuk ke Makassar dan dari sana anda boleh pula terbang Sorong. Walaupun perjalanan agak leceh, namun ianya sangat berbaloi.
Pulau Cat Ba, Vietnam
Terletak di utara Vietnam, Taman Nasional Cát Bà merupakan rumah kepada Tapak Warisan Dunia UNESCO: Ha Long Bay. Pulau Cát Bà adalah pulau terbesar di taman itu, dan bandarnya agak menarik. Menaiki bot untuk melihat matahari terbenam yang dikatakan Gold Hour itu sering menjadi pilihan pelancong. Jangan lepaskan peluang untuk ke Taman Negara Cát Bà juga sangat terkenal disini kerana trek pemandangan yang cantik.
Pulau Pom Pom Malaysia
Terletak di Kepulauan Semporna di pantai timur Malaysia, Pulau Pom Pom yang menakjubkan kerana tanpa penempatan disini. Anda boleh menerokai terumbu karang yang menakjubkan dan pelbagai jenis spesies ikan. Paling syok, jika anda bernasib baik, anda boleh menemui penyu hawksbill yang sering mengunjungi pantai ini untuk mengawan.
Pulau Macleod, Myanmar
Terletak di Mergui Archipelago di pantai Myanmar, kebanyakan Pulau Macleod belum diterokai lagi, bermakna ia tenang dan penuh kecantikan semulajadi. Terdapat hanya satu resort disini iaitu Myanmar Andaman Resort, yang merupakan sebuah rumah simpan desa yang selesa. Pulau Macleod sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan di syurga semulajadi.
Pulau Perhentian, Malaysia
Tidak dinafikan, Pulau Perhentian pernah dinobatkan sebagai 100 pulau tercantik dunia. Terletak di Terengganu, tempat ini sering menjadi pilihan pengunjung kerana pantainya yang cantik serta hidupan lautnya yang masih banyak. Kalau kesini, jangan lupa untuk mendaki kincir angin kerana pemandangan dari atas yang cukup menakjubkan. Wajib pergi sekali seumur hidup!