berita

8 Resepi Mudah, Sedap Korang Boleh Cuba Di Rumah Sepanjang PKP 2.0

January 12th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Pada 13 Januari 2021 ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mula dikuatkuasa di 6 buah negeri. Masing-masing diwajibkan untuk bekerja dari rumah dan keluar hanya untuk membeli barangan keperluan. Sempena musim PKP ini, kami kongsikan dengan anda 8 menu yang mudah dan sedap boleh dicuba. Bukan sahaja sedap, malah cukup menyihatkan. Jom cuba

Roti Wrap Serunding Cheese

1. Wraps Mission (original) – resepi asal guna roti tortilla
2. Telur kari (guna scrambled egg pun ok)
3. Serunding ayam (tekak melayu)
4. Timun jepun (salad, tomato pun ok)
5. 1 keping cheese.
Masak dalam AF, suhu 180° 5 minit)

Cranberries Scones

1. 1 + 3/4 cawan tepung gandum 4 camca teh baking powder 1/4 cawan gula perang
Secubit garam
2. 5 sudu makan mentega sejuk
* Ramas dan gaul semua bahan di atas sampai jadi macam serbuk roti kasar. Ya, guna tangan je.
3. 1/2 cawan blackcurrant kering atau kismis
*Tambahkan dalam campuran bahan kering.
4. 1/2 cawan susu
5. 1/4 cawan krim masam
*Sebatikan dan tuang ke dalam adunan tepung. Kacau lebih kurang saja sampai terbentuk doh.Untu Susun dalam dulang pembakar.
6. 1 biji telur
7. 1 sudu makan susu
*Gaul rata dan sapukan di atas skon. Rehatkan 10 minit.
Panaskan dulu oven pada suhu 200•C. 15 minit.

Portuguese Egg Tart

1. 2 biji telor
2. 2 sb gula
3. 2 sb tepung kastard
4. 2 sb tepung jagung
5. 1 sk vanilla essence
6. 200 ml susu kotak
7. Sedikit garam

Bakar dalam Air Fryer atau ketuhar pada suhu pada 180 darjah celcius dalam 20-30 minit. Pastri beli yang dah siap di mana-mana penjual atau kedai bakeri.

Roti toast ala restoran mewah

1. Beli soudough di Village Grocer. Bakar dalam suhu 180?C selama 5 minit. Garing macam freshly baked!
2. Topping scrambled egg dan salsa untuk husband dan telur mata dan salsa untuk saya. Mudah dan cepat yang penting kenyang.
3. Letakkan tomato dipotong dadu, bawang merah dan taburkan bersama daun sup jika suka.
4. Boleh juga dimakan bersama sos dan mayonis.

Baked Macaroni Cheese

1. Susu cair (saya suka pakai full cream milk) + air + macaroni, rebus.. api besar mudah meruap..
2. Agak-agak dah lembut sikit, letak black peper, garam, sosej/salami/chicken ham.. kalau nak berlemak lagi, boleh masukkan double cream/cooking cream, kalau takda pun takpa..
3. Masukkan sayur (optional, klau taknak pun takpe, saya cuma masukkan capsicum, carrot pun boleh).. masukkan cheese yg ada (saya campur segala cheese yang ada dirumah, mozarella, feta, Red Leicester, cheddar).. kacau sampai sebati..
4. Tabur cheese (saya guna mozarella) atas mac & cheese, bakar kan 160c dalam 10-15 minit.. ikut nak garing mana.

Ayam Kenny Rogers

1. Ayam 1\2 ekor
2. Bawang besar 2 biji
3. Bawang putih 5 ulas
4. Halia 2 inci
5. 1 kiub ayam
[blend semua sekali bahan diatas]
6. Butter 2 sudu besar [dicairkn]
7. Sunquik oren 1 sudu besar
8. Sos lada hitam 2 sudu besar
9. Gula 2 sudu besar
10. Garam secukup rasa
[campurkn kesemua sekali dan perap 2 jam]
11. Bahan tambahan kentang 2 biji [direbus dahulu]
12. Tomato cherry
13. Brokoli
Bakar dalam suhu 180c selama 25 minit, balik kan pada separuh masa dan keluarkan sayur sayur, taknak bagi layu.

Basque Burn Cheesecake

Bahan-bahan :
1. 500g cream cheese (suhu bilik)
2. 150gm gula castor
3. 4 biji telur
4. 1 sudu teh esen vanila
5. 300gm whipping cream
6. 15gm tepung jagung

Cara-cara :
1. Putar cream cheese dan gula castor hingga sebati..
2. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu.
3. Masukkan whipping cream dan putar hingga sebati.
4. Masukkan tepung jagung dan putar hingga sebati.
5. Masukkan ke dalam paper cup dan bakar dgn suhu 180°c selama 15 min sahaja..

Pizza Roti Gardenia

1. Roti gardenia cari kecik-kecik gaul dgn telur
2. Mampatkan dalam bekas, kemudia sapu sos prego campur isi daging ramlee dengan sosej
3. Kalau nk letak bahan lain pun boleh, kemudian tabur mozarella ngn cheese
4. Bakar 180 dalam 15minit.

Sumber : Resepi Air Fryer Halal

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×