berita

8 Tahun Bercinta, Wanita Hilang Sabar Dapat Pasangan Kaki Pukul – ‘Bila Dah Putus, Terasa Kehilangan..’

March 27th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Benarlah orang kata, selama mana pun perkenalan kita dengan seseorang itu bukanlah jaminan kita dapat mengenali hati budi mereka.

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa terkilan dengan sikap teman lelakinya yang panas baran dan seringkali naik tangan terhadapnya.

Teman lelaki kaki pukul

Sekadar gambar hiasan

Menerusi luahan yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi kiriman direct message (DM) di akaun Confess Tweet, dia dan teman lelakinya sudah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun dan tak dinafikan, lelaki itu sangat menyayangi dirinya. Akan tetapi cara teman lelakinya itu  menunjukkan kasih sayangnya agak mengejutkan.

Dia memang kaki control. Asyik overthinking aku ada lelaki lain. Lepas tu kalau dia dah marah sangat, dia akan naik tangan. Cuma aku ni part lebam lah, belum sampai berdarah lagi.

Nak jadikan cerita, ada satu hati dia ambil aku balik dari kampung, muka aku ni memang masam kelat sebab period pain. Dia cakap aku ni tak happy dia ambil aku. Jadi, ada lah pergaduhan sampai bergelut dalam kereta. Dia cekik aku, dia tolak muka aku dekat tingkap kereta.

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini memberitahu dia enggan kembali semula kepada teman lelakinya itu meskipun lelaki itu sudah meminta maaf selain berjanji mahu berubah.

Aku tak bagi dia peluang tu sebab dah banyak peluang aku bagi. Sampai satu tahap dia pun undur diri mungkin pujuk aku banyak kali tak berjaya tapi dia keep remind dia sayang aku. Sekarang ni aku pula rasa kehilangan dia, aku rasa aku yang ego sebab tak makan pujuk rayu dia.

Namun kini, wanita ini akui mula terasa akan kehilangan sehingga dia terfikir adakah dirinya terlalu ego kerana tidak memaafkan dan memberi peluang kepada teman lelakinya itu. Wanita ini juga keliru sama ada dia perlu melupakan apa yang berlaku dan berbaik semula bersama teman lelakinya atau meneruskan kehidupan tanpa pasangan.

Sumber: Confess Tweet

SKIP THIS AD ×