Menjadi lumrah sebagai manusia ingin merasa dicintai dan mencintai. Setiap pasangan yang bercinta pasti inginkan satu pengakhiran yang bahagia. Begitu juga dengan pasangan pelakon ini yang selamat mengakhiri hubungan mereka dengan satu ikatan yang halal.
Menerusi Berita Harian, selepas 8 tahun berkenalan, pasangan pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa selamat diijabkabulkan pada 5.31 petang hari ini. Majlis akad nikah dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat di kediaman keluarga Ardell di Seri Kembangan, Selangor.
Selamat bernikah dengan sekali lafaz
https://www.instagram.com/p/B13TXspAoSg/?igshid=r69k5nogctwl
https://www.instagram.com/p/B13gat3gFLG/?igshid=bjrzn1lzryii
Nadzmi dan Ardell selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid al-Mutaqqin, Ustaz Mohd Hafiza Hafiz Baharuddin.
Sebanyak RM 300 mahar dan senaskah Al-Quran diberi oleh pengantin lelaki sebagai tanda pernikahan mereka. Pasangan dua sejoli ini juga berbalas dua dulang hantaran.
Alhamdulillah, saya sudah khatam al-Quran yang diberikan Ardell. Dia menyerahkannya ketika bertandang ke rumah keluarga saya di Wangsa Melawati.
Ketika itu, Ardell datang bersama keluarganya. Perjumpaan itu umpama majlis merisik sesama kami dan keluarga.
Tiada majlis pertunangan
Pasangan ini juga tidak mengadakan majlis pertunangan sebaliknya hanya mengadakan majlis khatam Al-quran yang dianjurkan oleh keluarga Nadzmi.
Ramai yang mendoakan jodoh kami. Akhirnya dimakbul dan dipermudahkan doa peminat dan pengikut Instagram. Ternyata jodoh kuat antara kami selepas masing-masing bersedia melangkah ke alam perkahwinan.
Mengenai soal zuriat, mereka tidak menolak jika dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata dalam tempoh terdekat. Namun, disebabkan kedua-dua pasangan ini mempunyai komitmen, mereka perlu merancang terlebih dahulu.
Selepas nikah, dia (Ardell) akan terbabit dengan misi kemanusiaan di Syria. Saya akan muncul dengan filem Anak Perjanjian Syaitan, tidak lama lagi. Jadi, faktor masa cukup membataskan.
Perkenalan mereka mula rapat pada tahun 2015 selepas penggambaran drama Namaku Bedah.
Selama ini, kami selesa menggunakan istilah sahabat. Ketika itu, kalau ada jodoh, adalah. Selama ini pun, kami tak menolak andai ditakdirkan ada jodoh.
Sumber: Berita Harian, Jaydeesm