Benarlah orang kata, jodoh tidak mengenal usia. Ada antara kita yang bertemu jodoh pada usia muda dan ada juga yang bertemu jodoh ketika usia lebih matang.
Begitulah perjalanan kisah cinta luar biasa seorang pengantin lelaki berusia 103 tahun telah menikahi gadis yang berusia 30 tahun.
Jarak umur 73 tahun
Menerusi laporan Tribun News, pengantin lelaki berusia 103 tahun yang dikenali dengan nama Muhammade telah selamat menikahi gadis pilihan hatinya, Ido Ajeng yang berusia 30 tahun. Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung pada 26 Februari 2020 di Sulawesi Selatan, Indonesia.
Video pernikahan pasangan ini telah viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya ‘terkejut’ melihat beza umur mereka sebanyak 73 tahun. Dalam video tersebut memaparkan Muhammade yang memakai kot serba hitam itu berjalan sambil dipimpin oleh seorang lelaki sebelum kedua pasangan ini melaksanakan akad nikah.
Selamat bernikah
Muhammade merupakan seorang duda dan pernah berkahwin tetapi isterinya itu telah dijemput ilahi sejak 8 tahun yang lalu. Setelah kematian isterinya, Muhammade atas nasihat keluarganya kemudian bernekad untuk menikahi Ido Ajeng yang sudah lama dikenalinya itu.
Muhammade yang juga merupakan seorang bekas pejuang kemerdekaan di era penjajahan Indonesia telah memberikan mahar sebanyak 5 juta rupiah (RM1459) dan sebentuk cincin emas kepada isterinya. Difahamkan juga, setelah selesai majlis pernikahan kedua-dua pasangan ini telah pulang ke rumah pengantin lelaki yang terletak di Kecamatan Pitumpanua.
Sumber: Tribun News, Regional Kompas, Youtube