berita

8 Tahun Tinggal Di Kandang Lembu, Lima Beranak Dapat Rumah Baru

July 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Lapan tahun menetap di kandang lembu bukanlah suatu perkara yang asing bagi lima beranak ini. Sejak rumah mereka terbakar, kandang tersebut merupakan tempat untuk mereka menginap dan berteduh. Bersimpati akan nasib keluarga tersebut, penceramah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew tampil memberikan bantuan.

Panas rumah ini

Terkejut tengok 8 tahun tinggal di kandang lembu. Dibersihkan dijadikan tempat tinggal. Tak sangka ada orang tinggal tempat macam kandang atau reban. Ya Allah. Rumah dekat dengan Pantai cahaya bulan Kota Bharu. Rumah dulu terbakar. Panas rumah ini. Sempit tapi bersih kemas. Masuk kena tunduk. Rendah sangat. Pasangan suami isteri bersama anak masih kecil. Abang ni buat beberapa jenis kerja.

Tadi dah petang. Anak lelaki sulung 12 tahun tolong-tolong jaga kedai orang. Dapat upah rm10 sehari katanya. Sampai petang ini happy keluarga ini. Disebalik wajah mereka betapa kasihan anak ini. Rumah ini buat hati ni sayu. Duhai hati betapa berbeza hidup mereka dengan kita. Doakan saya ingin bawa keluarga ini pindah dan mulakan hidup baru demi anak-anak insyaAllah.

Menurut Ustaz Ebit, lima beranak ini berasal dari Kampung Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan. Mereka terpaksa menjadikan kandang lembu sebagai tempat untuk berteduh selepas rumah yang didiami sejak lapan tahun sebelum ini terbakar. Lebih menyedihkan, kandang lembu tersebut mempunyai ruang yang terlalu sempit sehingga mereka terpaksa menundukkan kepala setiap kali masuk ke dalam pondok berkenaan.

Dapat pindah rumah baru

Masa terbaca orang tinggal di kandang lembu dekat akhbar di Kota Bharu. Saya terbaca rasa sebak. Terus niat nak ke sana. Syukur. Alhamdulillah hari ini kami dapat pindahkan keluarga ini ke rumah 2 tingkat cantik sangat di Tumpat. Saya dah bayar deposit. Dan akan bayar bulan-bulan InsyaAllah. Saya belikan untuk mereka dan anak-anak. Peti ais,mesin basuh, rice cooker, kipas dll. Beri sedikit duit belanja. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Berikutan itu, Ustaz Ebit berjaya mendapatkan sebuah rumah sewa dua tingkat buat keluarga itu. Rumah tersebut terletak di Tumpat. Pada masa yang sama, beliau turut menyediakan kelengkapan rumah dan memberi duit belanja buat keluarga itu.

Sumber: Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×