Baru je nikah sebulan, dah sibuklah pakcik makcik, jiran tetangga dan kawan-kawan office bagi soalan cepu cemas level annoying pasal anak! Adoi. Nak dimarah, takut terasa pula nanti.
Bukannya kita tak mahu ada anak, tapi dah belum ada rezeki kan? Jadi, nah kami bagi tips untuk pasangan yang dah jemu nak jawab soalan ‘bila nak ada anak ni?’.
Bagilah chance nak berdua dulu. Kenali hati dan budi pasangan. Nanti, takdelah jadi huru-hara bila dah dapat baby.
Walaupun subjek Biologi chapter reproduksi menjadi kegemaran, saya masih lagi gagal mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar. Teori dengan praktikal tak sama tau!
Cakap senanglah. Saya yang nak kena usung anak 9 bulan kesana-sini. Lainlah kalau boleh transfer kejap ke perut makcik. Ha.. Nak tak?
Kalau ada anak ramai-ramai tapi tak berkualiti pun tak guna juga. Maka suami saya masih buat kajian untuk mencari sperma terbaik untuk disenyawakan. Hiks.
Eleh.. Tak percaya pula? Betullah, isteri saya merupakan seorang pramugari kapal terbang persendirian. Ada saya dan dia je dalam company tu.
Nak ada anak ni bukannya boleh main belasah je. Kena ada peruntukan juga untuk makan minum mereka. Belum tambah lagi kos kalau mereka jatuh sakit ke kan?Jadi, saya sarankan agar Perdana Menteri tubuhkan Skim Beranak 1 Malaysia.
Tak mainlah keluar seorang sekali. Sekarang kami suami isteri sedang merancang untuk dapatkan bayi kembar empat.
Apapun, anak-anak kan rezeki daripada Allah SWT. Jadi, siapa kita nak mempersoalkan rezeki pemberiannya kan? Doa, usaha dan tawakal je lah.