berita

8 Tips OOTD Cantik & On Point Macam Jurugambar Profesional!

November 21st, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seakan sudah menjadi trend, remaja zaman sekarang gemar merakam gambar outfit of the day (OOTD) untuk dijadikan kenangan. Mereka juga lebih memilih untuk ke lokasi rare dan hipster demi mendapatkan shot terbaik. Namun, apa yang paling penting adalah skil ketika mengambil gambar itu sendiri.

Di Facebook, si cantik Norlela Noy berkongsi lapan rahsia gambar tampil on point! Bagi korang yang suka OOTD tu bolehlah cuba tips ini.

Suami suka rakam kenangan

Hi korang, posting ni panjang. Kalau berminat sila baca sampai habis. Kalau tak berminat, boleh scroll laju laju. Contoh angle ada di setiap gambar beserta caption. Contoh soalan yang selalu Mommy terima. Siapa ambik gambar family? Edit guna apa? Macam mana nak cantik cam Mommy? Ehhhhhhh Macam mana daddy ambik gambar Mommy elok? Husband kita, atok kita, nenek kita ambik gambar bergegar. Tak ikhlas. Bla bla bla. Okay guys. I’m blessed sebab dapat suami yang suka paksa kita bergambar. I’m not into camera person. Ahh gitu. But serious ah. Tak suka sebenarnya.

Everytime keluar, syed akan minta tolong orang ambil gambar family. Which is dia insist. And everytime nak ambil gambar tu, kita akan buat muka tanda protes. So one day, Mommy tanya dia. Kenapa suka sangat ambil gambar? Gambar family pe semua.

Dia jawab, “Sayang, if anyone of us dah tak ada lagi dekat dunia ni. Atleast kita ada gambar sebagai memori. Atleast kita ada gambar tempat yang kita dah pernah pergi sama sama. Kita mungkin tua dan nyanyok, but gambar remain. And setiap gambar ada cerita dia”

So dia pun tunjuk satu gambar lama, gambar kitaorang dulu dulu. Dia tanya, “apa yang syg ingat masa kita nak ambil gambar ni?”

So i reply, “Oh kelakar, masa ni b bla bla bla bla bla”. So kitaorg gelak sama sama. Betul lah, every photo capture memory. Mula mula dulu malu, kaku, segan nk minta tolong orang. Tapi syed selalu cakap, “it’s okay, tak pernah lagi orang refuse kalau kita minta tolong”. Dulu malu, kaku, segan nak ambil gmbr dekat public. Konon konon feeling macam orang pandang, padahal takde pun. Semua buat hal masing masing. But syed selalu cakap, “it’s okay sayang, kenangan sekali je. Let’s do this”.

That’s why i’m blessed to have him, my #instagramhusband. Okay, pendekkan cerita , here is the point to answer your questions. Ahh gitchuu.

Cari orang yang tepat

1. JANGAN MALU
Selalu ringan mulut minta tolong orang ambil kan gambar.

2. CARI “CANDIDATES” YANG TEPAT
– Jangan minta tolong bangla ambik kan gmbr.
– Jangan minta tolong pakcik pakcik or makcik makcik confirm gambar senget.
– The best candidate is, budak muda. Normally budak budak macam ni dorg follow trend. And tahu nak ambil gambar.
– Sila bagitahu candidate nak gambar yang mcm mna. Kalau kitaorg memang akan ajar, if necessary ask to them to knee down. Tapi itu kalau dorang tak kisah lah. Kita pun jangan lah melampau sangat dah lah minta tolong orang

Angle dan background main peranan

Mommy macam mana nak ambil gambar dari size gajah ke size semut? Dah tentu tak logik sis. Tapi apa pun, angle memang sangat membantu utk nampakkan ilusi badan kita kecik. Okay, kiri kalau kita facing camera directly. Camera akan capture size badan kita yang sebenar. So tips untuk nampakkan badan kita lebih kecil SEDIKIT, posisi kan badan kita sedikit mengiring. Kalau nak posing tutup lemak, buat buat lah macam belah kanan tu. manis pun nampak manis. Sopan gitchu.

3. CARI BACKGROUND ATAU SUBJECT
Cari apa yang korang nak tekankan dalam gmbr, selain daripada nak tayang korang dalam gambar tu. sebaiknya cari background sesuai dengan baju. Kalau tempat tu ala ala rare, so pakai lah casual sikit. Baju kembang mungkin tak sesuai. Apa pun benda tu very subjective. Ikut korang lah.

4. STUDY TEMPAT TU DULU
Contohnya nak pergi tempat A. Tempat ni orang cakap cantik. Haa okay, korang study dulu mana port yang lawa. So bila sampai nanti tak lah terpinga-pinga. Maklum lah orang ada anak. Semua benda kena tangkas & pantas.

5. RAJIN RAJIN KAN TENGOK MACAM MANA CARA ORANG POSING
Haa benda ni kena ada effort sikit lah. Tengok cemana cara orang posing. Lepastu korang try lah dekat depan cermin. Tengok lawa ke hodoh? Kadang orang lain kangkang dalam gambar, kita pun nak kangkang. Tapi tak sangka terkangkang macam nangka busuk pulak. That’s why kena buang tebiat posing dulu depan cermin. Benda ni jadi tabiat kita bila nak keluar pilih baju. Bila sarung baju, terus belek depan cermin. Haa gitu.

Yakin dengan diri sendiri

Okay, untuk posing tak nampak awkward, santai & bersahaja. Cuba angkat kan kaki sebelah contoh macam gambar sebelah kiri. Tapi jangan kangkang besar sangat. Nanti orang ingat gadis lorong. Ala-ala nak taknak je buka dia. Gambar sebelah kanan, dua dua kaki lunjur . Tak nampak awkward cuma… hm apa yang outstanding dekat gambar ni kan? Dapat kawan kawan?

6. BE CONFIDENT
Ni ada kaitan dengan cermin. Dulu dulu bila masuk pertandingan mesti berlatih depan cermin. Kita boleh tengok reaction kita, muka kita, cara kita dan sebagainya. Dekat situ kita boleh gain confident.

7. SIZE DOESN’t MATTERS
Kalau masih ada body shaming gemok & kurus, helok lah kiranya orang macam ni di campak ke negeri isketambola. Apa pun size kita, kita layak untuk OOTD dengan cantik & confident. Just keep in mind, kita semua cantik dan layak cantik. Kalau orang keji tu, they just simply cemburukan kita. That’s it

Edit gambar guna aplikasi

8. VSCO , LIGHTROOM & PRESET
Okay, ni adalah tiga benda yang kita gunakan untuk dapatkan gambar yang konon kononnya lawa. Tapi takdelah lawa sangat Untuk preset tu maybe korang kena labur sikit lah duit. Jangan tanya preset kita dari mana ya. Cari aja dong di ig sama di fb. Pasti ada. Kalau semua dekat atas ni dah perfect tapi angle pulak hauk pun tak jadi juga. Okay korang scroll gambar dekat bawah beserta caption.

*Okay kalau ada penambahan nanti kita tambah jela ya. Otak tepu. Hingus dah sampai kepala otak. Tebal je rasa kepala

Tips lain

Ni family photo. Aturan kedudukan sebenarnya main peranan. I know bila deal dengan ramai manusia dalam satu gambar (suami, anak anak), kadang kita jadi terlupa. Kadang kita rasa kita kena paling cun.

Tengok contoh gambar kiri : Kalau boleh family photo, husband & wife rapat. Baru nampak kemanisan tu. hahaha.

Tengok contoh gambar kanan : Focus dekat syed. Kenapa kepala dia cenggitu. Kenapa dia dongak macam nak cari gaduh? Dia cakap, dia ingatkan nampak swag. HAHAHA.

Okay ni satu bendalah. which is kita belajar. Contoh kita rasa comfortable dengan kedudukan tu. i mean cara kita duduk, cara kita berdiri. Tapi bila tengok dalam gambar, TAHI nya. Sebenarnya untuk dapatkan posture yang cantik, to be honest ianya tak selesa. Untuk pertama kali lah. Kali ke 10 selesa dah. The keyword is , kena try & error.

Jangan minta warga asing tangkap

Haaaa yang ni aku suka. Ni yang kita cakap tadi. “CARI CANDIDATE YANG BETUL”. Candidate ni adalah seorang bangla. Nooo kita tak cakap bangla tu teruk. Tapi bila kita dapat candidate yang kurang exposure, makanya gini lah kejadian macam belah kanan tu. tak semestinya bangla je. Hahaha. Belah kiri tu kita siap snap lagi gambar. Siap tunjuk lagi cara nak ambil gmbr. Tinggal suruh dia pegang & snap je. Tapi hasil dia Sebelah kanan. Hm. So sangat penting yang pilih orang yang betul. Another tips, pastikan bila ambil gambar RUANG LANTAI lebih sedikit berbanding ruang kepala. Faham tak?

Jangan ambil gambar melintang

Okay, yang ambil gambar ni budak muda. Around 20an. 20-25y maybe. Tengah lepak dengan awek dia, syed minta tolong ambil gambar.

Satu benda lah nak pesan,
1. Jangan ambil gambar melintang, lagi lagi ruang situ agak sempit.
2. Dah lah melintang, ambil separuh pulak tu.
Sebab?
1. Kau akan nampak besar dari sepatutnya.
So nampak atas tu acceptable lah. Gmbr bawah tu tak mauuuuu.

Jaga ruang kepala dan kaki

Bila nak ambil gambar, TOLONG PASTIKAN ruang lantai/tanah bawah lagi sikit dari ruang atas kepala. Faham tak? And make sure kalau si tukang ambil gambar ni duduk, pastikan gambar di ambil tinggi. Untuk nampak efek tinggi. I mean tinggi lah sikit.

Cahaya yang baik

Walaupun kadang kita rasa spot tu cun, tapi sebenarnya hauk. So sangat penting pilih tempat yang menghadap cahaya, bukan membelakangi cahaya. Contoh gmbar kiri : Cahaya dari lampu atas sgt membantu. Lighting onz sekaligus memberi sis peluang utk merasa sedikit jelita. Gambar kanan : Spot sini lawa, tapi cahaya out. So hm. Hm. Hm.

Aku nak gelak!!!! HAHAHAAHAHAHAH. Yang belah kanan tu kenapa mcm ayam katik syaitonnnnnnn!!!! Haih. Ni lah salah satu kesilapan. Jom kita tengok tips. Bila nk ambil gmbr dekat tangga yang tinggi, sangat penting utk berdiri beberapa anak tangga ke atas. Dan camera perlu sedikit mendongak ya kakak kakak. So efek dia tiber nampak kurus dan tinggi. Yg sebelah kanan tu, is A BIG NO! BIG MISTAKE! jangan buat. Tinggi aku 165cm, terus nampak mcm budak tadika tau tak Pentingkan kedudukan & posture.

Sumber : Norlela Noy

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×