berita

8 Tips Penting Buat Jemaah Haji Malaysia Untuk Terus Berhubung Tanpa Risau- Jom Baca!

September 7th, 2016 | by Shafika
Kini Trending

A Muslim pilgrim prays as another takes a photo with his mobile phone at the Grand Mosque during Tawaf al-Wadaa (Farewell Tawaf) on the last day of the annual haj pilgrimage in the holy city of Mecca October 29, 2012. REUTERS/Amr Abdallah Dalsh (SAUDI ARABIA - Tags: RELIGION TPX IMAGES OF THE DAY) - RTR39QGZ

Tahun ni saja dianggarkan 22,320 orang yang bakal menunaikan haji bersama Tabung Haji. So mesti ada juga family atau kenalan korang yang pergi kan? Selain dari fokus pada ibadah, penting juga untuk jemaah haji nak contact dengan keluarga mereka. Yelah.. Mesti nak tau khabar. Sihat ke tidak. Kan?

So ni ada tips berguna untuk korang baca dari Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) supaya korang boleh stay berhubung dari Malaysia. Cas mahal? Haa..Korang tak perlu risau memandangkan sekarang dunia dah serba canggih, so ni ada beberapa tips untuk elak kene caj mahal. Jom Baca!

Tip perayauan antarabangsa bagi jemaah haji Malaysia

tipshaji

1. Sentiasa merujuk kepada penyedia perkhidmatan anda sebelum memulakan perjalanan ke luar negara supaya anda tahu dan mendapat maklumat yang tepat mengenai caj yang akan dikenakan. Anda tidak akan dikecualikan daripada membayar caj tersebut walaupun anda benar-benar tidak tahu.

2. Kebanyakan penyedia perkhidmatan di Malaysia mempunyai rakan perayauan antarabangsa di semua negara yang anda lawati dan biasanya mereka menyediakan pakej khas kadar rata bagi panggilan suara dan data apabila anda disambungkan kepada mereka.

Nyahaktifkan “SAMBUNGAN AUTOMATIK KE RANGKAIAN” dan pastikan anda sentiasa disambungkan kepada rakan perayauan penyedia perkhidmatan anda untuk menikmati kadar utama ini.

jemaah haji

3. Jika anda hanya mahu menerima panggilan dan SMS semasa berada di luar negara, anda boleh memilih untuk NYAHAKTIFKAN DATA PERAYAUAN sepenuhnya.

o-AIRPLANE-PHONE-facebook

4. Jika anda ingin terus berhubung hanya menggunakan WiFi, anda boleh memilih untuk menukar mod telefon pintar anda ke mod “AIRPLANE” atau “KAPAL TERBANG” dan gunakan sepenuhnya WiFi awam yang anda boleh dapati.

5. Untuk mengurangkan kos data perayauan, nyahaktifkan data perayauan dan hanya gunakan WiFi untuk berhubung. Terdapat banyak aplikasi mudah alih yang dapat membantu anda untuk melakukannya dan berhubunglah dengan orang tersayang apabila anda mendapat sambungan WiFi percuma atau menggunakan WiFi yang mengenakan caj berpatutan. Beberapa hotel dan tempat awam menyediakan WiFi kepada tetamu.

gsm-sim-card

6. Sebagai alternatif untuk mendapatkan pilihan yang lebih murah, anda boleh dapatkan kad sim tempatan sebaik tiba di Arab Saudi. Lakukan sedikit kajian mengenai pelan yang disediakan dan pilih pakej kad sim yang terbaik dan sesuai dengan penggunaan anda sepanjang berada di sana.

7. Anda juga boleh membeli kad sim antarabangsa yang dijual di Malaysia melalui dalam talian atau di lapangan terbang. Ia mungkin mempunyai pakej yang memenuhi keperluan anda selain dapat mengurangkan kerumitan anda untuk mendaftar kad sim semasa di luar negara.

copy-contact

8. Sebelum anda meninggalkan Malaysia, sila pastikan anda telah membuat salinan semua kenalan dan data penting dalam telefon anda, sekiranya anda kehilangan telefon ketika berada di sana.

Selain itu, ia amat berguna jika anda dapat membawa telefon ganti yang lebih murah untuk menggunakannya bagi kad sim tempatan untuk anda menerima atau membuat panggilan penting. Anda boleh menggunakan telefon pintar anda untuk sambungan WiFi sahaja.

wifi-d4d21aea10

Semoga dengan tip tersebut dapat membantu para jemaah haji untuk menggunakan perkhidmatan prabayar dengan lebih efektif sepanjang berada di Tanah Suci. Kami di Oh Bulan mendoakan semoga segala urusan para jemaah haji Malaysia dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur. Aaminn..

Sumber : Bernama

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×