berita

8 Trivia Menarik Perkahwinan Lana Nodin & Daud McKienzie Yang Anda Tak Tahu

May 16th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2015-05-15 at 10.43.30 PM

Selesai sudah majlis persandingan pasangan pengantin baru Lana Nodin dan Daud McKienzie malam semalam. Memang meriah majlis resepsi yang dihadiri keluarga serta rakan-rakan artis itu yang bertempat di hotel Palace of the Golden Horses.

Namun disebalik pernikahan dua mempelai itu, ramai yang tak tahu kisah di sebalik pasangan suami isteri ni. Bagaimana detik pertemuan mereka yang pertama dan sebagainya.

1) Mula berkenalan pada tahun lalu

Screen Shot 2015-05-16 at 11.00.37 AM

Lana Nodin mula bertemu buat pertama kali nya dengan Daud McKienzie pada 26 Oktober 2014 di mana mereka bertemu di sebuah acara sukan yang diadakan di Singapura. Untung lah, kalau jodoh dah tak ke mana kan?

2) Skype dan Facetime jadi penghubung

Screen Shot 2015-05-16 at 11.02.31 AM

Maklumlah, Daud McKienzie tinggal di Amerika Syarikat manakala Lana pula di Malaysia. Bukan senang nak jumpa selalu kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya mereka sendiri. Jadi mereka gunakan Skype dan Facetime untuk berhubung dan melepaskan rindu.

3) Daud seorang yang lurus bendul

Screen Shot 2015-05-16 at 10.52.41 AM

Bercakap mengenai ciri-ciri lelaki pilihan hatinya itu, Daud McKienze seorang yang manja dan romatik. Selain itu, Lana juga menyifatkan suaminya itu lurus bendul dan jujur kerana ingin menjadikan Lana sebagai isteri.

4) Dilamar di atas jambatan

Screen Shot 2015-05-15 at 10.02.39 PM

Haa, jambatan bukan sebarang jambatan tau, Lana Nodin telah dilamar oleh Daud McKienzie di atas jambatan New york hujung tahun lalu. Amboii grand nya dilamar kat kota yang terkenal kat Amerika Syarikat tu!

5) Daud kenali Islam lebih dekat

Screen Shot 2015-05-16 at 10.50.25 AM

David atau Daud McKienzie telah memeluk Islam pada 5 Disember tahun lalu dan menurut Lana suaminya itu rajin bertanya mengenai Islam. Bagus lah kalau begitu kan?

6) Belajar 10 perkataan sehari

Screen Shot 2015-05-16 at 10.58.45 AM

Kalau anda nak tahu, Daud McKienzie mempelajari sekurang-kurangnya 10 perkataan bahasa Melayu supaya fasih untuk berbahasa dan senang berkomunikasi bahasa kebangsaan. wooww

7) Resepsi di Los Angeles

Screen Shot 2015-05-16 at 11.04.09 AM

Selepas selesai majlis resepsi di Malaysia, mereka akan adakan lagi satu majlis pernikahan di Los Angeles, Amerika Syarikat bagi bahagian Daud McKienzie.

8) Lana nak jadi the next Pamela Anderson?

Screen Shot 2015-05-16 at 10.55.10 AM

Lana juga ingin memasang impian menceburi bidang lakonan di Hollywood pula selepas ni kalau diberi peluang kerana Daud McKienzie mempunyai kenalan yang bekerja di dunia hiburan Hollywood.

Kredit Foto: @avicennastudio

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×