berita

88GB Hotspot Percuma & Peluang Memenangi iPhone 12 Pro, Tawaran Celcom Ni Memang Onz Gila!

January 25th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Penggunaan internet yang dahulunya dianggap sebagai memenuhi kehendak kini berubah kepada keperluan di rumah. Mana taknya, kebanyakkan kita kini bekerja dari rumah dan anak-anak juga melakukan pembelajaran dari rumah.

Bila kena duduk di rumah ni, sehari kalau tak guna internet memang tak sah. Pastinya korang mahukan hiburan dan berhubung dengan orang tersayang kan? Sebab itu penting untuk korang dapat internet tanpa had dan kongsi hotspot dengan keluarga di rumah.

Nikmati keseronokan dengan tawaran hebat Celcom Xpax!

Kredit: iSTock

Buat pengetahuan korang semua, Celcom Xpax kini hadir dengan tawaran gempak sehingga 15 Mac 2021. Kami cadangkan korang untuk mendaftar dengan Celcom Xpax sekarang kerana mereka menawarkan pelbagai promosi hebat!

Kongsikan 88GB hotspot secara percuma dengan orang tersayang di rumah!

Kredit: pond5

Korang tahu tak, dengan melanggan pas internet tanpa had Celcom Xpax, korang akan dapat 88GB Hotspot secara percuma tau. Korang dah tak perlu risau kuota data cepat habis. Alang-alang dapat 88GB Hotspot ni, kongsikanlah dengan keluarga di rumah.

Celcom Xpax menawarkan pilihan pas internet serendah RM12 mingguan dan RM35 bulanan. Selain percuma 88GB Hotspot, korang juga boleh membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Hubungilah orang tersayang dengan sepuasnya!

Ganjaran eksklusif just4ME™ yang korang tak boleh tolak langsung!

Kredit: Freepik

Bagi semua pengguna Celcom Xpax, jangan lupa juga untuk muat turun aplikasi Celcom Life sebab ada ganjaran eksklusif just4ME™ yang hebat. Take note! Lain orang, lain tawarannya. Setiap pengguna akan dapat tawaran istimewa yang berbeza.

Korang mungkin akan dapat 88GB internet berkelajuan tinggi secara percuma dengan melanggan pas internet tanpa had, ataupun 88GB Hotspot dengan harga RM8.80 je. Kena bagitahu member ni. Bestnya!

Korang juga berpeluang menang iPhone 12 Pro!

Haa.. Celcom Xpax nak bagi peluang keemasan untuk korang menang hadiah menarik. Korang perlu lengkapkan enam misi ringkas yang ada dalam aplikasi Celcom Life. Hanya perlu log masuk, tambah nilai, atau melanggan tawaran just4ME™ dan pas Add-On. Misi yang sangat mudah!

Selepas korang lengkapkan enam misi ringkas, korang akan dapat hadiah istimewa berupa tambahan jam internet tanpa had, lebih banyak GB, sambungan pas internet dan banyak lagi. Lagi best, hadiah utama berupa iPhone 12 Pro mungkin menjadi milik korang. Untungnya kalau dapat!

Promosi dalam masa terhad, jom daftar dengan Celcom Xpax sekarang!

Korng kena cepat okay! Promosi istimewa Celcom Xpax ini ditawarkan sehingga 15 Mac 2021 je. Baik korang mendaftar dengan Celcom Xpax sekarang sebab bukan senang nak dapat tau.

Berseronoklah dengan internet tanpa had sepuas-puasnya di rumah bersama Celcom Xpax. Jom daftar dengan Celcom Xpax bermula hari ni!

Untuk info lebih lanjut tentang Celcom Xpax, korang boleh terus ke laman web di https://www.celcom.com.my/personal/prepaid.

SKIP THIS AD ×