berita

9 Fakta Menarik Tentang Habit Membersih Rakyat Malaysia! Ramai Tak Suka Mop & Vakum Rupanya!

August 18th, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Awal tahun ini kami ada buat survey untuk mengetahui betapa kotornya rumah rakyat Malaysia ni. Survey ni dibuat untuk tahu habit rakyat Malaysia ni macam mana. Walaupun korang rasa yang orang Malaysia ni dah cukup jaga kebersihan, tapi survey ni membuktikan sebaliknya tau.

Dalam survey “[SURVEY] Seberapa Kotorkah Rumah Korang? Jom Buat Survey Ni Dulu!” ni, ada beberapa soalan yang perlu dijawab untuk mengetahui macam mana korang bersihkan rumah. Antara soalan yang ditanya adalah seperti “Apakah rutin korang bila bersihkan lantai”, “Seberapa kerapkah korang bersihkan kipas”  dan sebagainya.

OHBULAN dan Says bersama Medklinn berkolaborasi untuk menjalankan survey tersebut dari bulan Julai sehingga bulan Ogos! Seramai 4,238 orang yang menjawab survey tersebut dan hasilnya sangat mengejutkan!

Ini merupakan antara fakta menarik mengenai cara orang Malaysia bersihkan rumah!

1. Sebanyak 14% orang Malaysia tak mop atau vakum rumah mereka!

Rutin rakyat Malaysia lebih ke arah:

  • 47% memilih untuk menyapu, mop dan vakuum
  • 34% memilih untuk menyapu dan mop
  • 14% memilih untuk hanya menyapu

Yang paling menarik, seramai 5% lain pula bergantung kepada vakum robot untuk bersihkan rumah mereka.

2. 85% rakyat Malaysia menukar cadar sekurang-kurangnya seminggu sekali

Bilik tidur merupakan tempat yang spesial untuk semua orang. Ada orang sangat-sangat cerewet untuk memilih cadar yang terbaik mengikut keselesaan mereka. Walapun 15% rakyat Malaysia hanya menukar cadar mereka jika berbau atau kotor, sebahagian besar dari rakyat Malaysia masih menukar secara berkala.

3. Bilik tidur merupakan tempat yang paling kurang kotor dalam rumah

Tempat kita nak berehat mestilah kita nak lebih bersih dan wangi kan? Hanya 3% daripada responden tersebut yang menjawab bahawa tempat tidur mereka merupakan tempat paling kotor di rumah mereka.

Manakala, top 3 tempat yang paling kotor mengikut pemilihan jawapan responden ialah bilik air (41%), dapur (19%) dan bilik stor (18%).

4. 5 dari 10 orang rakyat Malaysia hanya lap meja mereka menggunakan kain basah

Manakala 30% menggunakan disinfecting wipes atau spray, 10% menggunakan air suam, cuka dan cecair pembersih.

5. Kipas siling pun tak ramai bersihkan tau!

Sebanyak 71% rakyat Malaysia hanya bersihkan kipas siling mereka apabila ia kelihatan berhabuk dan sebanyak 15% lagi, tak bersihkan kipas mereka selama berbulan!

6. 56% tak pernah bersihkan tombol pintu mereka!

Sekurang-kurangnya 8 dari 10 orang rakyat Malaysia tak membersihkan tombol pintu mereka secara berkala. Manakala 56% yang lain, tak pernah bersihkan pun!

7. Korang tergolong dalam kumpulan mana bila bersihkan tingkap?

1 dari 4 orang rakyat Malaysia tak bersihkan tingkap mereka dirumah. Kalau korang nak tahu, 55% rakyat Malaysia hanya bersihkan tingkap yang menghadap ke dalam rumah je!

8. Hanya 2% rakyat Malaysia yang mensteril parcel mereka sebelum buka

Walapun majoritinya sebanyak 55% rakyat Malaysia akan menggunakan spray atau wipes untuk membuang kuman dari parcel mereka tetapi ia masih merupakan cara yang tidak tepat untuk membunuh kuman dan virus.

9. Sebenarnya, majoriti rakyat Malaysia (80%)  kurang tahu kebaikan pensterilan rumah ni!

Hanya 2 dari 10 orang je yang tahu!

Korang tahu tak kaedah pensterilan sebenarnya lagi selamat dan merupakan teknik pembersihan yang paling bagus?

Membersih, menyapu rumah, mengemop lantai semuanya merupakan teknik asas ketika membersih rumah. Walaupun ianya boleh membuat rumah tampak lebih kemas dan bersih, tetapi ia tidak sepenuhnya membunuh kuman dan virus yang berlegar diudara mahupun yang melekat dibarang-barang yang kita ada.

Mensanitasi dan juga disinfeksi menggunakan bahan pencuci atau sanitizer merupakan antara teknik yang lebih umum digunakan untuk menghapuskan bakteria.

Namun, sebenarnya ada lagi satu teknik yang lebih berkesan! Iaitu pensterilan! Lagi-lagi kalau korang buat secara berterusan.

Ha..bila korang steril persekitaran korang selama 24 jam, korang boleh mendapat tahap kebersihan yang lebih baik dan sihat. Segala micro-organisma akan dihapuskan, seterusnya membuatkan keluarga korang lebih selamat dan sihat! Risiko penyakit pun boleh dikurangkan.

Teknologi pensterilan Medklinn boleh berikan tahap hygiene dan kebersihan yang tinggi tanpa sebarang bahan kimia!

Kredit Foto: Automachi

Berbeza dengan penapis udara, produk Medklinn ni direka secara unik untuk mensteril udara dan juga permukaan dengan selamat dan secara semulajadi tanpa sebarang bahan kimia.

Yang paling best, alat pensterilan Medklinn ni kecil, ringan, low maintenance dan juga portable! Korang boleh bawa ke mana je korang nak. Mana-mana korang pergi pun korang rasa selamat je.

Produk Medklinn ni dah diuji keberkesanannya secara saintifik!

Melalui ujian tersebut, terbukti bahawa produk dari Medklinn ini mampu untuk menghapuskan sebanyak 99.9% virus, bakteria, alergen, kulat, bau busuk, dan bahan toksik lain*.

Teknologi Cerafusion Medklinn ni mereplikasi proses pensterilan semula jadi dengan menghasilkan Oksigen Aktif yang terdiri daripada tahap ozon dan ion negatif yang terkawal.

*Berdasarkan ujian makmal mikrobiologi yang dijalankan oleh Monash University menunjukkan penurunan ketara dalam mikroorganisma berbahaya setelah menggunakan teknologi Cerafusion

Malahan, kebanyakkan syarikat komersial popular dalam sektor sukan dan rekriasi, sektor makanan & minuman (F&B), retail, kesihatan, pendidikan dan pelancongan juga menggunakan Sistem Pensterilan Air+Surface dari Medklinn ni untuk meningkatkan lagi tahap kebersihan di premis mereka.

Malahan, satu kajian penyelidikan baru-baru ini dilakukan oleh HygCen Research Institute Germany mengenai keberkesanan Teknologi Sterilisasi Medklinn Cerafusion ™ dalam menyahaktifkan 99% kuman udara (aerosol) di bilik berukuran 300 kaki persegi x 9 kaki**.

HygCen adalah sebuah institusi penyelidikan bebas yang disahkan oleh Badan Akreditasi Jerman (DAkkS) dengan akreditasi EN ISO / IEC 17025 untuk pembasmi kuman dan alat perubatan.

** Berdasarkan ujian Hygcen Research Institute Germany (untuk lebih info mengenai ujian Hygcen tersebut korang boleh klik dekat SINI)

Ringan dan mudah alih! Medklinn Versa 25 ni paling sesuai untuk kegunaan semua!

Medklinn Versa Home+Travel siri ni menawarkan rekaan yang lebih versatil, low maintenance dan ringan, jadi lebih mudah untuk kita bawa ke mana-mana. Menggunakan Micro USB, korang boleh gunakan steriliser ni dekat rumah, pejabat, bilik tidur mahupun  dalam stor.

Yang paling penting, keberkesanan ia untuk membunuh kuman dan bakteria tu membuatkan korang rasa lebih selamat untuk bergerak lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang ni.

Versa 25 berharga RM669 ni boleh mensteril persekitaran sehingga 250 sqft atau pun bilik yang kecil.

Manakala untuk persekitaran yang lebih besar seperti ruang tamu, Versa 45 adalah yang paling sesesuai. Ia mampu untuk membersihkan udara dalam persekitaran seluas 450 sqft. Versa 45 ni berharga RM869!

Medklinn telah melakukan inovasi hygiene ni secara berterusan selama lebih dari 15 tahun dengan teknologi dan produk pensterilan tanpa bahan kimia untuk kegunaan komersial dan peribadi. Syarikat ini komited untuk pengembangan teknologi dan mencipta cara baru untuk meningkatkan kualiti hidup dan mencegah penyakit.

Dengan penyelidikan yang sangat menyeluruh macam ni, tak ada alasan untuk korang rasa ragu-ragu tau. Portable steriliser ni juga didatangi dengan bermacam warna yang korang boleh pilih, bersesuaian dengan mood korang!

Tambahkan pensterilan sebagai salah satu teknik untuk korang kekal selamat didalam persekitaran yang lebih bersih! Dapatkan produk Medklinn ni harini! Maklumat lanjut korang boleh klik dekat SINI!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×