Fuh. Rasanya macam dah lama cuti semester ni kan? Tahu-tahu je result exam dah nak keluar. Sesalan sebab banyak main-main dulu tidak berguna lagi dah rasanya.
Meh kita tengok 9 reaksi paling win yang dilakukan secara tidak sedar oleh pelajar universiti bila result exam bakal keluar. Betul ke tidak?
1. Redha: Well, I dah buat yang terbaik..
Biasanya kalau student keluarkan ayat macamni adalah student nerd yang study sampai tidur dekat library. Heh, sooo not me.
2. Tak Peduli: Result? Tak nak tahu, tak ambik tahu
Yang ni pula biasanya terjadi dalam kalangan pelajar-pelajar yang ‘nakal’.Kalau lulus okay, tak lulus repeat. Why bother?
3. Ketakutan: Seriouslaa.. Tak lena tidur malam ni
Sama ada pelajar ini masih trauma menjawab kepayahan final exam ataupun tengah mencari kekuatan apabila berhadapan dengan mak ayah tanya result nanti.
4. Yakin: Result I bakal sama dengan currency Ringgit. Malaysia. 4 flat!
Ini adalah reaksi budak-budak nerd yang selalu akan dijemput hadir di malam anugerah dekan.. Hurm..
5. Terlalu yakin : Ingatkan 4 flat, rupanya dapat sama dengan Ahmad Maslan je.
Erm.. memang ramai juga student yang overconfidence macamni….
6. Futuristik : I akan buat yang lebih baik sem depan
Dalam bahasa lainnya, golongan pelajar macamni suka sembang lebat. Masuk je semester baru, sama je perangai.
7. Tak Sabar : ..keep refreshing email…
Huhu.. Biasanya kalau dah tahu result bakal keluar esok, sejak 12 malam dah buka email dengan harapan result masuk cepat-cepat.
8. Beremosi : Kalau failed macamana? Isk. Isk…
Ini yang namanya sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna….
9. Positif : Aku nak lulus je pun dah okay!
So, good luck semua! Chill beb!