Kawan dah bertahun-tahun. Hasrat kahwin tu memang dah ada. Cumanya, kegerunan terhadap ibu si dia menghalang segala-galanya.
Dahla bakal mak mertua tu memang versi bengis level singa betina. Ha.. Usah gundah gulana. Cuba try tips ni.
Tak kenal maka tak cinta. Jadi, kenalah selalu melawat keluarga mertua. Janganlah setahun sekali pun tak nampak muka, memang kena reject lah kak!
Belajar memasak sampai Che Wan tak dapat job dah dan meleleh air mata tengok resipi ciptaan anda. Barulah bakal mak mertua terkesima!
Bukan apa. Kalau anda tonton filem ni bersama-sama dengan bakal ibu mertua, mesti dia rasa terkesan dengan pengajaran dalam filem tu kan. Yes. Kita kena psycho sikit!
Kalau rasa kaya, belilah seketul dua sebagai hadiah untuk bakal mak mertua show off semasa bergosip dengan jiran. Tapi, kalau poket kering, bawa jalan-jalan je kat Poh Kong tu Haha.
Kalau dapat bakal mak mertua yang rajin bercucuk tanam, anda kenalah ada skil yang sama. Barulah boleh spend time trim pokok bonzai sambil minum petang.
Mak mertua anda mesti selalu sakit-sakit badan kan. Ha.. pergi ambil kursus mengurut dekat Thailand. Terbaiikk!
Bila dah kahwin nanti, belum sempat mak mertua tanya ‘bila nak ada anak?’, anda dah bagitahu yang anda mengandungkan cucunya. Pantas!
Seperti mana anda membawa kereta merata-rata, seperti itu jugalah anda membawa kasih sayang kepada ibu mertua. Tak gitu?
Ha.. rasa macam takde topik nak bersembang dengan bakal mak mertua? Selalu krik.krik.krik. Nah, buka saja OHBULAN! dan bincangkan gosip-gosip artis semasa.