Tiada siapa yang menginginkan perpisahan, namun Allah SWT yang menentukan segalanya. Bagaimanapun, kisah perceraian yang terpaksa ditempuhi oleh primadona negara, Erra Fazira dan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin ini masih lagi menjadi buah mulut orang ramai.
Artikel Berkaitan:
Terkini, foto anak tunggal mereka, Engku Aleesya yang dimuatnaik menerusi laman Instagram Engku Emran telah disalahtafsir oleh sebuah blog hiburan dengan dakwaan bahawa anak perempuannya itu bersedih atas perceraian kedua ibu bapa mereka.
Foto yang dimuatnaik oleh Engku Emran
Susulan dakwaan itu, Engku Emran lantas memberi kenyataan di ruangan komen bahawa dia baru sahaja mengetahui foto anak kesayangannya itu telah dipergunakan untuk menyebar fitnah.
Engku Emran turut memberitahu bahawa mereka tidak terganggu dengan fitnah yang dilakukan dan menjelaskan bahawa anaknya yang baru berusia lima tahun itu berada dalam keadaan yang tenang.
Diharap tiada lagi kisah-kisah buruk yang direka oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini berkenaan perceraian mereka ini. Apapun, jom kita lihat beberapa foto comel terbaru Engku Aleesya!