Tanggal 14 Mac pasti akan sentiasa tersemat di ingatan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal setiap tahun di mana tarikh ini telah dipilih untuk mengakhiri cinta mereka dengan ikatan pernikahan yang sah.
Diraikan bersama dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai tiga hari lepas, pasangan sejoli ini nampak sangat bahagia di majlis yang penuh bersejarah itu.
Malah, sahabat karib Zarema, Nora Danish juga tidak ketinggalan untuk menghadiri majlis pernikahan tersebut dan turut serta menjadi ‘dulang girls‘. Menariknya, Nedim juga nampak segak berbusana biru selaku ketua ‘dulang boys‘.
Nora Danish merupakan salah seorang pengiring Zarema
Bagaimanapun, caption sekeping foto yang dimuatnaik oleh Nora Danish menerusi laman Instagram telah menarik perhatian para peminat sehingga timbul sedikit salah faham.
“Setiap manusia pasti akan melalui pahit dan manis dalam kehidupan, begitu juga kami berdua yang berada disisi pengantin. Setiap senyuman dan tangisan kami pada hari ini, semuanya jelas diatas sifat penuh kesyukuran kerana pengorbanan adikku yang tidak pernah putus.
Ye, kita hanya boleh melihat pada luaran, yang menanggungnya, MasyaAllah belum tentu kita dapat tempuh. Yakin pada pertemuan mereka yang telah dirancang Oleh Nya, adikku Emma tak pernah hilang rasa hormat pada pasangannya Aidil. Berbalik pada contoh yang terjadi pada diri saya, apabila hati ini redha dgn ketentuanNya.. akhirnya terjawab sudah kami bertemu jodoh yang sempurna utk diri kami insyaAllah.
Yakin dengan kuasa yang Maha Esa. Allah Maha Kaya. Kita hanya merancang Dia yang menentukanNya. Hidup cuma sekali dan jangan kita sia siakan Dengan perasaan benci pada sesama kita. Pabila diri ini penuh dengan perasaan kasih dan sayang InsyaAllah, yang lain akan datang dengan sendirinya. Amin. Doakan baik-baik untuk semua. #az4ever”
Namun, pelakon itu bijak mengawal situasi dan menjelaskan bahawa caption tersebut tiada kena mengena dengan mana-mana individu.
Apa yang diperkatakan oleh Nora Danish dalam ruangan komen itu dilihat ada asasnya kerana jodoh, ajal, maut dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT.
Apapun, diharapkan agar pasangan ini sabar dalam melayari bahtera rumahtangga dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Mahu lihat lagi foto sekitar majlis pernikahan dan resepsi mereka? OHBULAN sediakan galeri khas untuk tatapan anda.
Kredit Foto : Wunderclique, Instagram Nora Danish & Nedim