Mula ditubuhkan pada tahun 2002, kumpulan yang dianggotai oleh 6 orang anak muda iaitu Giring, Andro, Run-D, Rama, Ariel dan Adri nampaknya sudah tidak asing lagi di kalangan peminat.
Merupakan pelantun bagi beberapa buah lagu hit seperti ‘Hapus Aku’, dan ‘Laskar Pelangi’, kumpulan Nidji juga pernah menjadi wajah MTV Asia 2007 dan turut menghasilkan runut bunyi untuk drama bersiri daripada Amerika Sayarikat berjudul ‘Heroes’.
Terkini, kumpulan yang berasal dari Jakarta ini bakal mengubat kerinduan peminat dengan mengadakan konsert pada esok hari (7 Mei 2014) dan sekaligus melancarkan album terbaru berjudul King Of Soundtrack.
Kumpulan Nidji di sidang media konsert dan pelancaran album ‘King Of Soundtrack’
Untuk makluman anda, album ini juga turut menghimpunkan beberapa runut bunyi yang telah hasilkan untuk beberapa buah filem di Indonesia seperti ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’, ‘5cm’, ‘Laskar Pelangi’ dan ‘Sang Pencerah’.
Kepada penggemar muzik Nidji di Malaysia, anda tidak perlu gundah kerana konsert pelancaran album tersebut juga boleh ditonton menerusi laman YouTube pada jam 8.30 malam.
Sebelum itu, apa kata kita lihat dahulu muzik video rasmi lagu berjudul ‘Sumpah Dan Cinta Matiku’ di bawah. Enjoice!