Sudah macam musim bercerai pula ya sekarang ni? Sedangkan isu perceraian Erra Fazira dan Engku Emran baru sahaja reda, kini timbul pula kisah perceraian beberapa selebriti lain seperti Sari Yanti, Abby Abadi dan yang terbaru, Izreen Azminda.
Mana taknya, kisah perceraian Izreen dan Muhamad Riza Baharuddin paling menjadi buah mulut orang ramai apabila suaminya itu dikatakan melafazkan cerai kepadanya di lokasi penggambaran.
Artikel Berkaitan:
Bagaimanapun, dilihat enggan mengulas lanjut, Izreen menerusi temubualnya bersama Sinar Harian meminta agar dapat diberikan ruang untuk menyelesaikan masalah keretakan rumah tangganya.
Adrian Umar kini di bawah jagaan Izreen Azminda
“Tunggu saja keputusan mahkamah. Saya minta maaf. Buat masa ini, saya tidak boleh memberi komen mengenai status saya sekarang. Kami berdua dalam proses menyelesaikan masalah ini dengan merujuk kepada mahkamah.”
Mengakui bahawa sudah tidak tinggal sebumbung bersama suami semenjak sebulan lalu, Izreen memberitahu bahawa anak tunggalnya, Adrian Umar kini di bawah jagaannya.
Untuk rekod, pasangan ini bernikah pada 31 Ogos 2012 di Country Golf Resort, Jitra Kedah dengan wang hantaran RM19,001.
Kredit foto: Instagram Izreen Azminda