Bila sebut sahaja nama Christina Perry, pasti secara automatis akan terkenang zaman bercinta monyet dulu. Haha. Mana taknya, lagu yang mengangkat nama Christina Perry, Jar Of Hearts seringkali diputarkan bila rasa agak break-down. Memang feel.
Kemudiannya, lagu A Thousand Years juga memberi impak yang sama hebat apabila liriknya begitu menusuk jiwa. Pendek kata, dua lagu tersebut memang top list dalam MP3.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian saya kini apabila muzik video lagu Burning Gold dilihat mempunyai sentuhan yang agak unik berbanding muzik videonya yang terdahulu. Btw, this song is great also tho!
Antara sedutan muzik video Burning Gold
Lagu ini dilihat mampu memberi inspirasi kepada pendengar menerusi liriknya yang membakar semangat itu dikatakan merupakan pengalaman kehidupan sebenar Christina sendiri.
Kenapa saya cakap macam tu? Untuk makluman anda semua, sama seperti muzik video Burning Gold, Christina pernah menjadi waitress di Melrose Cafe, Los Angeles.
Mungkin ada sedikit tokok-tambah dalam penceritaan muzik video tersebut, namun saya yakin liriknya dan mesej yang ingin disampaikan kepada peminat itu menjadi.
Ha.. anda nak tahu lebih lanjut kisah seterusnya? Kenalah dengar dan tonton muzik video ini sampai habis ya! Layan.