Bayangkan jika anda mempunyai kuasa maksima yang mampu melakukan semua perkara hanya menerusi arahan otak. Mesti awesome kan?
Jadi, saya mestilah super excited apabila berpeluang menonton preview filem Lucy yang bakal ditayangkan di seluruh negara mulai 21 ogos ini.
Mana taknya, filem yang memakan belanja kira-kira 49 juta euro arahan Luc Besson ini dibintangi pelakon favourite ramai. Siapa lagi kalau bukan Scarlett Johansson dan Morgan Freeman.
Lucy terpaksa menjadi ‘keldai dadah’
Still dont get the storyline yet? Baiklah. Saya ceritakan serba sedikit sinopsis cerita ini. Kisah bermula apabila Lucy (lakonan Scarlett Johansson) terpaksa menjadi ‘keldai dadah’ setelah ditipu oleh teman lelakinya yang bekerja dengan Mr. Jang, seorang ‘raja dadah’ di Korea.
Lebih kejam lagi, sebuah beg berisi dadah CPH4 iaitu merupakan dadah sintetik yang sangat berharga telah dijahit secara paksa ke dalam perut Lucy.
Lucy telah diseksa dengan teruk semasa dalam tahanan dan salah seorang penculik telah menyepak abdomennya yang mengandungi dadah itu.
Lucy mula mendapat kuasa luar biasa
Disebabkan tendangan tersebut, beg dadah itu pecah dan Lucy mula mendapat kekuatan luar biasa sehinggakan dia mampu mengawal persekitarannya dengan hanya menggunakan arahan otak.
Bagaimanapun, untuk terus meneruskan survivalnya, Lucy perlu mendapatkan bekalan dadah itu lagi dan dia telah mencari Professor Norman (lakonan Morgan Freeman) untuk mendapatkan pertolongan.
Antara kuasa yang dimiliki oleh Lucy
Ha.. mesti anda tertanya-tanya apakah nasib Lucy kan? Mampukah Lucy survive? Kalau nak tahu, anda kenalah book tiket awal-awal ya kerana saya dapat menjangkakan filem ini akan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana jalan ceritanya yang agak unik! Jadi, selamat menonton!