Sejujurnya, kami amat mengagumi keluarga kecil Ashraf Muslim ini. Mungkin dek kerana kebijakan Ashraf untuk mendidik kedua-dua orang isterinya, kehidupan bermadu nampak begitu indah.
Mana taknya, hubungan akrab antara isteri pertamanya, Dayana dan isteri kedua, Sakinah sering menjadi perhatian para pengikut Instagram mereka.
Tak tahulah sama ada mereka ni jealous ataupun mahu sengaja mahu melagakan, kedudukan kedua isterinya ketika mereka bergambar pun sering dipersoalkan sehingga Ashraf membuat keputusan agar Dayana dan Sakinah tidak lagi muat naik foto bersama.
Foto ini dikritik kerana Ashraf Muslim dikatakan lebih cenderung kepada Sakinah
“Saya pun tak faham apa yang salahnya gambar-gambar tersebut. Takkan kedudukan isteri pertama dan kedua yang diambil juga menjadi satu masalah?
Untuk tidak membiarkan hal tersebut menjadi cakap-cakap orang, saya menasihati mereka agar tidak memuat naik lagi gambar-gambar bersama. Dari gambar juga boleh menimbulkan fitnah.
Bila sudah jadi macam ni, saya tegur mereka. Dan nampaknya mereka faham dan dengar. Kalau ada pun yang dimuat naik adalah gambar masing-masing.”
Kredit foto: Instagram Dayana