Ibu mana yang tak sayang anak? Susah payah membawa si kecil selama 9 bulan dalam rahim hanya dapat dirasai oleh insan bergelar ibu.
Apatah lagi jika terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri. Sudah pasti kasih dan sayang Rita Rudaini kepada anak-anaknya melimpah-ruah.
Pagi ini, sekeping foto yang dimuat naik oleh Rita menerusi laman Instagram ternyata bukan sahaja menyentuh perasaan kami, malah ribuan followers di Instagramnya.
mylittleheaven everything 4 u anak2…u olls berhak bahagia dan hepi…mommy akan pastikn u olls sentiasa hepi slalu dan tiada kurang di mana2..
walaupon di mata org luar,kita serba kurang tp yg penting kita BAHAGIA anak2ku…jgn bimbang ank2ku,bukan mommy keseorangan menjaga kamu di dunia ini tetapi ingat,ALLAH ADA MENJAGAMU SELALU ANAK2KU…
insyaallah 1day ada bahagian utk mereka yg menganiaya mu ank2 yg telah ALLAH JANJIKAN…mommy doakn kita selalu di lindungiNYA dan di beri kebahagiaan kasih syg yg melimpah ruah..amin…syg kamu #mylittleheaven ..jd ank2 yg soleh dan pimpin tgn mommy ke jannah nnti ye..
Rita Rudaini membesarkan Arjuna dan Rayyan seorang diri
Yelahkan. Bagi wanita yang bergelar ibu tunggal seperti Rita, kebahagiaan dan kebajikan anak-anak merupakan perkara yang terpenting buatnya.
Kalau dilihat di laman Instagramnya pun, Rita kini giat menjalankan perniagaan produk kecantikan di samping meneruskan kariernya sebagai seorang pelakon.
Mungkin memikirkan kes tuntutan nafkah daripada bekas suami yang masih tidak tahu bila akan selesai, Rita boleh diberi standing ovation kerana berusaha melengkapkan kehidupan anak-anaknya.
Buat mereka yang masih tak update mengenai kes tuntutan tersebut, baru-baru ini bekas suaminya, Aidil Zafuan mendakwa bahawa tuntutan yang dilakukan oleh Rita berjumlah lebih RM300,000 itu adalah melampau.
Artikel Berkaitan: Aidil Zafuan Sifatkan Tuntutan Rita Rudaini Melampau
Dek kerana kenyataan itu, ramai yang mengecam Aidil dan seterusnya mempertikaikan bayaran yang diperolehinya sebagai pemain bola sepak.
Malah, ada juga yang mengatakan bahawa jika Aidil telus membayar nafkah setiap bulan sudah pasti jumlah tersebut tidak menjadi satu jumlah yang besar bagi dirinya.
Apapun, semuanya masih dalam perbicaraan dan rasanya lebih baik kita nantikan sahaja apa keputusan mahkamah terhadap kes ini.
Kredit foto: Instagram Rita Rudaini