Dato’ Siti Nurhaliza dan Shila Amzah telah mengukir nama yang besar dalam industri hiburan tanah air. Malah, kedua-duanya juga mempunyai ribuan peminat tegar.
Artikel Berkaitan: Dato’ Siti Nurhaliza Nasihatkan Shila Amzah Fikir Panjang
Jadi, seperti yang kami sudah jangkakan, ‘perang dunia’ telah meletus antara peminat mereka berikutan kes peminat Shila Amzah memfitnah Dato’ Siti Nurhaliza.
Fans kedua-dua selebriti ini dilihat saling bertikam lidah dan menyerang antara satu sama lain di laman Instagram Shila Amzah, sekaligus menimbulkan situasi tegang! Pendek kata, masing-masing tak nak kalah!
Pertelagahan ini bermula apabila ada beberapa orang peminat Dato’ Siti dilihat telah memberi komen yang agak pedas di sekeping foto Shila lantas membuatkan fans Shila ‘panas punggung’.
Yelah, mereka pun pastinya mahu mempertahankan idola mereka kan. Dek kerana itu, maka tercetuslah ruangan perbalahan antara mereka yang kami pun tak tahu bila ia akan berakhir.
Bagaimanapun, Shila ada juga membalas beberapa komen haters dan mengatakan bahawa dia sebenarnya menghormati dan sayang akan Dato’ Siti.
Hurm.. sebenarnya kedua-dua mereka mempunyai kelebihan masing-masing dan rasanya tak perlulah peminat nak saling berbalah. Betul tak?
Kredit foto: Instagram Shila Amzah