Seperti dalam artikel kami yang sebelum ini, mereka sekeluarga kini sedang bercuti di pulau paling top di Indonesia. Mana lagi kalau bukan di Bali kan?
Artikel Berkaitan : Video : Lara Alana Berenang Dengan Singa Laut
Bila dah pergi ke sana, mesti kita nak tengok semua tempat dan budaya mereka yang menarik. Namun, nampaknya followers Lara di Instagram tak berapa berkenan bila pasangan itu membawa anaknya menonton tarian kecak. Katanya tarian itu berunsur pemujaan?
Tidak dapat dinafikan bahawa memang wujud sedikit unsur-unsur pemujaan dalam tarian tradisional itu. Tambahan pula tarian itu dilakukan di Uluwatu pada waktu senja. Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai tarian ini boleh rujuk di sini.
Bagaimanapun, menerusi pemerhatian kami semasa bercuti di sana tidak berapa lama dahulu, memang ramai pelancong menonton tarian ini. Tak kisahlah bayi, orang tua, Islam mahupun bukan Islam, semuanya tampak enjoy menonton tarian Kecak.
Malah, kami juga yakin bahawa Awal dan Scha tidak akan melakukan sesuatu perkara yang akan membahayakan kesihatan anak kesayangan mereka. Mesti mereka dah kaji habis-habis sebelum berani untuk bawa Lara pergi menonton Tarian Kecak kan?
Kredit foto: Instagram Lara Alana