Kadang-kadang rasa nak marah, kadang-kadang rasa nak gelak. Percaya atau tidak, pemandu di Malaysia ni memang ada banyak ragam pelik-pelik.
Sesiapa yang setiap hari memandu sendiri ke tempat kerja mahupun sekadar weekend driver pasti pernah melalui saat-saat ini.
1. Memotong tanpa bagi signal (selalu kereta mahal buat macamni)
Takkan beli kereta mahal-mahal tapi takda signal kan? Oh, mungkin kena extra charge kalau nak letak signal. Yeah. mungkin..
So, untuk yang tak tahu signal kereta adalah macamni. Fungsinya adalah untuk orang belakang kereta anda tak perlu berteka-teki anda mahu ke kiri atau ke kanan. Clear?
2. Parking macam bawak lori
Macam selalu nampakkan? Ha.. cuba tengok yang bawah pula.
Tunggu, yang ni pun selalu buat aku bengang!
La.. yang macamni pun ada..
Jap, yang ni kaum motor-motor besar pulak
3. Highway ibarat trek racing
Mungkin terlampau menghayati filem Fast Furious 7, pemandu di Malaysia kini kerap mencubanya di highway-highway berdekatan. Malah, jalan-jalan kampung pun jadi.
Tapi, kalau ada brother ni tepi jalan, mesti jadi pemandu berhemah je semua. Hiks.
4. Drive sambil selfie, instagram, whatsApp, bla..bla..bla..
Adoiyai. Time ni lah korang nak jawab WhatsApp pastu siap hantar gambar selfie di pagi hari untuk kekasih hati.
5. Double park, tarik handbreak & tak letak nombor untuk dihubungi. Nice!
Jadi, jangan terkejut kalau korang dapat special present macamni…
6. ‘Bercinta’ dalam kereta di lorong paling kanan. Get a room please.
Jalan di depan punyalah clear, tapi yang kereta hadapan korang ni terhegeh-hegeh. Lepas tu kejap ke kiri, kejap ke kanan.
Ingatkan mabuk, rupanya mabuk cinta. Puii! Apakata korang sergah je couple tak kena tempat tu macamni.
7. Emergency break, break, break, dan break lagi.
Walaupun takde apa-apa halangan di hadapan, si driver yang comel di hadapan anda asyik tekan break, break dan break. Banyak sangat ke lubang kat jalan di Malaysia ni.
8. Memandai buat parking sendiri di jalan yang sesak
Semata-mata nak beli makanan tepi jalan, dia boleh berhenti ikut sedap je. Huh!
9. Pemandu di Malaysia memang suka drive thru
Buktinya…
Yang ini juga…
Nah, sekeping lagi..
Lastly, nak beli superbike pun boleh pandu lalu je.