Kami rasa bukan sahaja rakyat Kelantan yang bersedih dengan kekalahan 3-1 dengan pasukan Lions XII di Piala FA 2015, tapi seluruh rakyat Malaysia juga.
Namun, lewat malam semalam kami menerima screenshot instagram Leuniey daripada pembaca tegar OHBULAN!.
Erm…Khabarnya Leuniey agak sedih apabila suaminya, Khairul Fahmi dimaki penyokong Kelantan kerana Piala FA.
Bila Kalah Kamu Maki-Maki Beliau…
Ish. Pada kami, kalah dan menang adat bertanding. Takpelah, mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan Kelantan di Piala FA kan. Mungkin lepas ni lagi kebaboom hebat!