Baru-baru ini Amy Search ada memuat naik sekeping foto di laman Instagram menyatakan rasa tidak puas hati terhadap seorang pakar motivasi ini.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman 57 bersama kumpulannya Search lilabelkan punca keruntuhan moral segelintir belia di negara ini apabila mereka membuat persembahan di Hari Festival Putrajaya Ahad lalu.
Jangan Hina Belia-belia Itu
Amy Search cukup kecewa apabila lelaki berkenaan memuat naik status dengan mengatakan kumpulan Search ini sebagai “hantu”
Menerusi Harian Metro, Amy dimaklumkan perkara itu semalam oleh seorang lagi anggota Search iaitu Nasir
Sebagai penceramah motivasi, dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan begitu. Kami menyertainya (Festival Belia) kerana kami menyokong program untuk belia. Kita saling tolong-menolong.Lagipun program itu mengetengahkan banyak aktiviti positif untuk belia. Kami bukannya nak jadikan mereka ‘hantu’,” katanya ketika dihubungi, petang tadi.
Tidak Bersedia Untuk Berjumpa Dengannya
Bagaimanapun pakar motivasi terbabit memadam status tersebut kerana dikecam oleh orang ramai, namun dia ada memuat naik satu status minta maaf kepada peminat-peminat dan kumpulan Search sendiri secara terbuka.
Dalam kenyataan itu, lelaki terbabit juga mendakwa sudah menghubungi pengurus Amy, Nourish Hassan yang juga isteri Amy dan akan berjumpa dengan Amy hari ini untuk meminta maaf.
Amy berkata, Nourish ada memaklumkan perkara itu kepadanya tetapi belum bersedia untuk berjumpa lelaki terbabit.
Sumber: Harian Metro