Mungkin anda semua juga pernah mengalami situasi sama apabila didatangi kanak-kanak seawal usia 7 tahun meminta derma untuk Pusat Tahfiz.
Bukan soal mahu berkira untuk menderma, tetapi kadang-kala terdetik di hati adakah ia adalah pertubuhan yang wujud atau sekadar satu sindiket haram?
Nah, akhirnya selebriti popular, Fizo Omar mengutarakan pendapatnya mengenai isu ini berdasarkan pengalamannya sendiri.
Siapakah bossnya??
( sekadar gambar hiasan)
Sedang saya makan disebuah restoren d bangi.Datang seorang budak lelaki melayu berusia 13 tahun berkopiah dan bersama sejenis ubat dan sekeping surat PUSAT TAHFIZ AMAL…. ditangannya.
Persoalannya…ini merupakan kali ketiga berturut2 adik ni dtg ke meja saya utk minta derma dan tempatnya berlainan. Di shah alam, bangi dan KL.Pernah sekali tu sehingga lewat malam adik ni masih lagi ‘berkerja’.Siapakah boss nya??
Bila ditanya semua jawapannya memang ‘scripted’ sangat dan mereka seolah olah dilatih untuk menjawab pelbagai soalan bila ditanya.
Nombor itu tidak sah!
(sekadar gambar hiasan)
Setiap kali adik ni jumpa saya dia seolah olah gelabah dan cuba melarikan diri.naluri saya mengatakan ada sesuatu yang tak kena. Sebentar tadi,terjumpa lagi dengan adik yang sama dan sempat saya tarik dia utk bersembang dan tanya siapakah adik dan arahan siapakah sebenarnya.agak lama adik tu ‘terikat’ dengan saya td.
Seperti dikatakan.semuanya seolah olah ada skrip dan panduan utk menjawab pelbagai persoalan dari saya.saya cuba dial nombor telefon pada kad yang dibawa, nyata nombor itu tidak sah.dan saya minta nombor ‘ustaz’ nya.berkali kali saya mencuba tetapi tidak berjawab.
Terlalu panjang untuk saya berkongsi apa yang saya bertanyakan kpd adik tersebut.tetapi bukan lah saya nak bersangka buruk.
Mereka lebih layak dirumah baca buku sekolah..
Seelok elok nak derma dengan ikhlas,tapi niat jadi curiga plak. Dan yang lebih membuatkan saya terfikir.seorang kanak2 usia belasan tahun di ‘tugas’ kan utk meminta derma dan sedekah,dan berjalan berpuluh kilometer setiap hari untuk mengumpul derma yang rata ratanya menimbulkan curiga drpd penderma.Sedangkan mereka sepatutnya lebih layak berada dirumah dibawah jagaan ibu bapa dan membaca buku2 sekolah.
Maafkan saya sekiranya ada pihak yang terasa dengan pendapat saya ini.sekiranya saya tersalah anggap sila betulkan.dan saya ada tinggal nombor telefon sya kpd adik tersebut dan pihak tuan boleh hubungi saya.insyallah saya akn bantu setakat mana mampu saya. Sekiranya tidak saya harap pihak berkuasa boleh ambik tindakan tegas.
SAYA TIDAK SANGGUP TENGOK BANGSA KITA KANAK KANAK MELAYU MERAIH SIMPATI MEMINTA DERMA UNTUK KEPENTINGAN PIHAK LAIN.