Chef selebriti Malaysia Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan ada memuat naik sekeping foto di Instagram meluahkan rasa tidak puas hati terhadap filem terbaru San Andreas.
Dalam kapsyen, dia samakan filem tersebut sama seperti tamil dan lakonan mereka yang agak ‘kayu’.
Macam Tengok Filem Tamil Pula
Menurut Chef Wan, filem tersebut sangat bagus dari segi sistem yang digunakan tapi jalan cerita hancur dan tidak logik. Selain itu, dia juga ada kritik lakonan Dwayna Johnson yang tidak memberansangkan termasuk beberapa babak terutamanya ekspresi muka watak seorang ibu yang sedang mencari anak perempuannya.
Saya Pernah Alami Sendiri Ketika Berada Di San Francisco
Dalam komen Chef Wan ada mengatakan bahawa filem itu kurang logik kerana dia sendiri pernah alami kejadian gempa bumi tersebut sekitar tahun 1986 ketika dia berada di San Francisco.
I went through myself the big Earthquake of 1989 in San Francisco at 5.17pm on Oct 17…69 people died and it was only 6.9 rict scale ke…i road infront of my home masa saya berdiri Omg bergelombang mcm waves and the rows of Victorian houses next to one another on top of Seward St yg saya duduk just 2 block away from Castro street heading to Market Street tu were flapping away as though u arrange all the rows of books together then u flap them side by side at a very fast speed.Masa tu saya dah mengucap and said…..This is it! I was just walking out side my home to go to the Hyatt hotel Embarcadero for my duty at 6pm.It was such a terrifying experiences….The stairway of my home had moved 4 feet away from the door way and all the window glasses just burts and pecah mcm tu bertaburan! 3 months later saya cabut ambil kerja as a private chef in Honolulu sebab takut mati di telan dik bumi nanti mcm cerita Semerah Padi itu!
Ini pandangan Chef Wan mengenai filem tu, kalau korang pula macam mana?