Mungkin ramai yang beranggapan jika ingin berjaya, kita harus belajar pandai-pandai, masuk universiti, sebab peluang kita cerah untuk berjaya.
Tapi tak semestinya, ya! memang kita berjaya di dunia tetapi belum tentu berjaya diakhirat kelak. Ramai juga yang beranggapan bahawa belajar tinggi-tinggi kita disanjung, namun bila habis belajar kdan menganggur lama sikit, kita dihina.
Orang juga akan selalu pertikai yang kita dah bazir duit dan masa untuk belajar bertahun-tahun ini. Namun, lupakah mereka yang menuntut ilmu itu juga satu ibadah?
Selami kisah seorang bekas pelajar MRSM ini yang pada mulanya disanjung kemudian dihina apabila dia membuat keputusan untuk melepaskan segala perihal dunia.
Dulu Selalu Dapat No 1 Masa Sekolah, 5A UPSR, 8A PMR, Dapat Tawaran Masuk MRSM, Semua Puji
Dapat Tawaran Kursus Medic. Tapi Bila Saya Tolak Keduniaan, Semua Orang Mencemuh Saya
Di Dunia Bila Kita Kaya, Orang Anggap Kita Berjaya. Bila Kita Kejar Akhirat, Orang Anggap Kita Gila
Pencapaian Saya Dapat DULU, Tidak Gembira Seperti Ini
Inilah lumrah manusia, kebanyakkan antara mereka memandang tinggi pada hal duniawi. Namun kurang didengar bila seseorang itu mahu mengejar dunia akhirat.
Kisah lelaki yang dikenali sebagai Mahadi ini serba sedikit dapat membuka mata kita untuk sentiasa beringat di akhirat kelak dan patut dijadikan ikhtibar.
Peringatan ini untuk semua dan diri kami sendiri, harap ia memberi sedikit manfaat kepada anda semua.