Bukan sahaja para wanita, tetapi apa yang kami lihat, kaum lelaku turut sama berkongsi kisah Adam Corrie dan isteri kesayangan yang dipanggil sebagai bidadarinya ini di laman sosial.
Bila kami baca, maka baru kami tahu betapa gigihnya semangat bidadari Adam Corrie untuk beribadat di Tanah Suci walaupun luka daripada pembedahan belum pulih sepenuhnya.
Bidadari mahu pergi Umrah bersama
6 hari sebelum berangkat ke Tanah Suci, Bidadari saya dimasukkan ke hospital untuk pembedahan di bahagian perutnya. Tiga hari di hospital.
Doktor bagi MC 44hari. Dalam keadaan yang tidak sihat tetapi oleh kerana rasa tanggungjawab kendalikan program umrah Kembara Iman Saudara Baru, bidadari saya pergi juga umrah bersama.
Hari pertama sampai di Mekah saya bantu Bidadari saya pakai wheel chair tunaikan umrah kerana tak boleh berdiri dan berjalan lagi.
Hari ke3, pada pukul 10:30mlm program kami mendaki Bukit Nur / Jabal Nur pula.
Hasrat isteri saya ingin tunggu dalam bas sahaja sementara jemaah lain mendaki bukit tak kesampaian, apabila toleh belakang, bas dah pergi. Nak tak nak kena daki.
Bidadari saya kata…
“Mungkin Allah nak kita daki juga walaupun dalam keadaan tidak sihat. Isteri Rasulullah S.A.W , Siti Khadijah dulu berulang alik daki Jabal Nur hantar makanan ketika sedang dan juga Asma yg hamil 8 bulan. ok je alhamdulillah.”
Alhamdulillah…. Bidadari saya selamat sampai kemuncak Jabal Nur dan dapat masuk Gua Hira pada pukul 12:15malam dengan izin Allah…
Ketika saya dan bidadari say sampai di kemuncak seluruh jemaah terkejut yang Bidadari saya boleh sampai ke Gua Hira dalam keadaan tidak sihat, perut baru lepas di bedah… Hanya berbekalkan tongkat mendaki Jabal Nur dan saya yang memimpinnya di waktu malam.Kami seluruh jemaah Kembara Iman Saudra baru seperti dpt merasai kepayahan Rasulullah S.A.W mendaki Jabal Nur ketika dahulu.
Alhamdulillah..
Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu buat dengan ujian yang diberikan, tetapi Allah tahu hambaNya yang mana satu mampu tempuhi.
senyum selalu
selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenangKembara Iman Saudara Baru
ADAM CORRIE
Sumber: Facebook Adam Corrie