berita

Ikuti Kisah Pemilik Restoran Me’nate Yang Pemurah & Pilih Calon Pekerja Hanya Dengan Bacaan Qunut

July 2nd, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

menate 5

Sekarang ni kalau sebut perkataan ‘Me’nate’ je mesti dalam kepala korang terus terfikir kat Diva kontroversi Malaysia, Azwan Ali kan? Iya lah, kecoh satu Malaysia pasal ‘RESTORAN BINATANG’ yang disifatkan Azwan Ali tu.

Tapi kali ni cerita yang kami nak kongsikan ni tiada kena mengena langsung dengan Azwan Ali. Mesti korang pun dah naik meluat dengan isu tu kan? Kalau korang nak tau, pemilik restoran Me’nate ni pemurah orangnya dan paling menarik sekali ialah cara dia memilih orang untuk bekerja di restoran tu..

Berikut merupakan perbualan antara seorang individu yang bernama Zaim Zin dengan pemilik restoran Me’nate, Tuan Mustaffa Othman atau lebih senang disapa sebagai Chef Pak Mus.

Apa maksud Me’nate tu?

menate 6

– “Sebenarnya, asal nama restoran ni datang dari perkataan Men Ate, yang membawa maksud golongan yang memakan daging. Saya ni asal Kelantan, saya pun tambah apostrophe depan tu jadi M? natè”

-“Saya buka restoran ni sebab sahut cabaran, menyediakan steak terbaik tanpa arak. Dan saya berjaya. Kita kan ada Allah”

-“Rahsia awet muda? Tak ada pun. Paling penting, solat subuh mesti kena jaga”

-“Anak 4 orang. Sorang baru 3 bulan kahwin, dua orang lagi bakal kawin tahun ni. Saya tak sabar nak tunggu cucu. Biarlah saya boleh tengok cucu sebelum meninggal”

 Air di restoran Me’nate semuanya free, makan kos RM15, 000

Screen Shot 2015-07-01 at 10.19.47 PM

-“Berpengalaman sebagai konsultan daging di beberapa pasaraya besar seperti Tesco dan pernah berkhidmat dengan NFC selepas balik ke Malaysia pada tahun 2000”

-“Semua yang masuk ke kedai saya ni saya anggap sebagai tetamu saya. Saya perlu layan dengan baik. Mereka bawa berkat. Saya tak suka protokol-protokol”

-“Kalau order steak, air di Restoran Me’nate ni semua percuma, dari air panas sampai ke air sejuk, free flow. Sebagai sedekah pada tetamu yang datang. Kita bagi 1, Allah bagi 10”

-“Kos saya buat air free tu RM15k. Kalau nak untung, saya boleh je charge air. Air kosong pun orang charge 30sen. Tapi saya tak nak. Yang penting mesti habiskan air, kalau tak habis saya akan charge. Hehe”

Nak dapat kerja kat sini? Baca doa Qunut..

menate 7

-“Ini branch ke-3 kami. Ampang, Wangsamaju dan Setapak”

-“Semua restoran kami, Ust Harun Din yang rasmikan”

-“Pengalaman paling manis saya berkhidmat dengan Queen Elizabeth ialah ketika dia sediakan surau untuk kami bertiga”

-“Pekerja saya kebanyakannya semua budak surau dan budak tahfiz. Kalau nak kerja dengan saya, saya tak pandang sijil tebal-tebal, tapi saya akan minta mereka baca Qunut depan saya. Kalau lepas, soalan saya seterusnya ialah, bila nak mula kerja?”

-“Kalau ada orang nak belajar tentang daging, saya tak kisah bawa ke dapur. Saya pernah ajar pelanggan di dapur, dia yang pening kepala. Bagi saya, rezeki dari Allah, saya tak kisah untuk ajar pada siapa yang nak belajar”

Dan banyak lagi perkongsian beliau. Best berbual dengan orang lama ni. Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Zaim Zin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×