Gempar! Betul ada billboard seekor ‘babi’ pakai songkok siap bersampin dengan ucapan hari raya kat Bukit Bintang? Kalau betul binatang tu digunakan, mesti ramai yang mengamuk terutamanya bagi umat islam. Iya lah, seperti sedia maklum babi merupakan binatang yang sensitif dan haram untuk yang bergama Islam. Hmm..
Babi bersongkok ucap selamat hari raya?
Ternyata ramai yang naik angin bila dapat tahu pasal billboard menggunakan ‘babi’ ni.. dan ada juga yang mengaitkan isu politik dalam isu ni..
Relax.. Sebenarnya binatang tu bukan babi..
Jangan cepat melatah tanpa selidik dulu.. Sebenarnya binatang yang bersongkok tu bukannya babi. Ia sejenis binatang yang bernama wombat!
Wombat merupakan maskot rasmi untuk syarikat Servcop yang menyediakan khidmat dan servis penyewaan ruang antarabangsa.
Ish.. takkan lah orang nak letak binatang yang haram tu pakai songkok dan bersampin. Tak baik buat fitnah di bulan baik, hari yang baik ni #kipidup #dongibup !