Rasanya dah banyak kali kami kongsikan lokasi-lokasi menarik untuk korang, kali ini kami ada satu lagi cadangan yang menarik untuk seisi keluarga.
Tempat yang jauh dari kesesakan ibu kota ini boleh membuatkan korang rasa tenang, hilang segala stress di tempat kerja. Harga pun not bad.
Korang tak perlu habiskan banyak duit untuk ke luar negara, Villa Danialla Beach Resort yang terletak di Pantai Kandis, Jalan Tok Bali Bachok, Kelantan ini pasti membuatkan korang rasa terpukau dan korang mesti akan suka! Nak tahu apa sebabnya? Meh sini kitaorang jelaskan.
1. Keindahan Pantai Yang Seakan-Akan Maldives
2. Harga Yang Berpatutan
Harga yang korang boleh dapatkan adalah serendah RM298! Memang agak mahal daripada resort lain, tapi kira oklah kan tempat cantik harga mestilah kena cantik, at least jimat sikit daripada pergi ke Maldives.
Ada 9 jenis bilik/villa yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian korang.
Villa Haflin
Villa Matahari/Villa Fatimah
Villa Dato’ Siti
Villa Sarah
Villa Zainab
Villa Ombak
Villa Hamat
Villa Russkaya
Villa Meriam
3. Sesuai Untuk Seisi Keluarga & Honeymoon
4. Fasiliti Yang Menakjubkan
Kalau kita lihat tempatnya berkonsepkan ala-ala tradisional tapi nampak elegan! Kiranya tempat ini pun sesuai untuk back to nature juga lah sebab…
Swimming Pool Di Tepi Pantai
Russian Banya (Sauna)
Beach Hut Yang Indah Untuk Private Event
BirdPark Untuk Wildlife Bird
Cat Hotel Bagi Penggemar Kucing
Pool Table
Sumber : Villadanialla.com