Sebelum ni ada mee udang dan char koey teow ketam besar tapak tangan kan? Kali ini kami nak kongsikan satu lagi ‘port baek’ untuk penggemar seafood.
Bangi Station ada menyediakan pelbagai menu makanan yang korang suka, tapi di tambah dengan udang galah dan ketam merah yang besar dan boleh buatkan korang kena gout kalau makan sana 3 hari berturut-turut.
Bosan juga kalau asyik makan ayam, ikan, sayur je kan? Sekali sekala pekena seafood pun sedap juga. Meh tengok ni.
Nasi, Mee, Western? Semua Ada
Udang Galah & Ketam Merah Memang Ummph!
Yummy!
Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh lah datang ke alamat ini, Jalan Gurney Kiri, Jalan Sultan Yahya Petra,Kuala Lumpur, Malaysia atau dial 013-947 1188 kalau nak booking.
Sumber : Facebook Rizal Hakimm, Bangi Station