Mulai 15 Oktober 2015, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengenakan kadar denda baharu bagi kehilangan MyKad.
Dalam kenyataan media beberapa hari lepas, pihak KDN akan mengenakan cas sebanyak RM100 buat kali pertama, RM300 buat kali kedua dan RM1,000 buat kali ketiga dan seterusnya.
Pengumuman itu membuatkan rasa tidak puas hati netizen ekoran dengan harga yang terlalu tinggi dan tidak setaraf dengan kualiti MyKad yang sedia ada.
RM100 buat kali pertama, RM300 buat kali kedua dan RM1,000 buat kali ketiga
Keputusan tersebut dilakukan bagi menangani masalah kehilangan MyKad yang semakin meningkat sebanyak 1,356,135 kes sepanjang tahun 2010 hingga 2015 atas kecuaian sendiri.
Oleh itu, ramai tidak tidak menyokong dengan keputusan itu dan menyifatkan sebagai satu keputusan yang tidak munasabah.
” sibuk denda org perbaiki dlu kualiti ic ni “
Sungguh tidak munasabah.
Lagi banyak org lah takde IC
Gaji minimum kt Malaysia pon baru RM900
Sumber : Facebook Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN)