Seperti yang kita tahu bayi sangat sensitif dan mudah dijangkiti kuman kerana imunisasi badan yang masih lemah. Bagi bayi yang berumur kurang 6 bulan haruslah bergantung kepada susu ibu sahaja kerana sistem penghadaman bayi masih lemah untuk menerima makanan lain.
Namun, atok dan nenek ni pulak yang terlebih excited nak bagi anak makan solid food. Bila ditegur dibandingkan zaman dulu dan sekarang pula. Nah baca penerangan lanjut dari doktor dan apa ibu patut buat bila kena macam ni.
Bayi 5 bulan diberikan nasi impit
(Sekadar gambar hiasan)
“Salam Dr. Saya ada sorang anak yang raya ni baru 5 bulan tapi family dan family in law dah nak buatkan nasi empit lembik lah bubur lah. Sedangkan saya dah bagitau 6 bulan ke atas baru boleh makan. Itu pon puree. Tapi bila saya cakap akan dibagitau.. dulu boleh je minum glukos makan bubur umur 2 3 bulan.. hidup je sampai sekarang? Doc ada tak penerangan tentang effect bagi baby 6m ke bawah makan bubur or apa-apa selain susu ibu? Thanks doc.”
Usus & sistem penghadaman bayi 6 bulan ke bawah belum matang
(Sekadar gambar hiasan)
Bayi yang berumur enam bulan ke atas saja yang sesuai diberikan makanan separuh pejal. Ini kerana usus dan sistem penghadaman bayi yang berumur enam bulan ke bawah belum lagi matang. Mereka belum bersedia menghadamkan makanan yang kompleks, dan terlalu banyak rempah.
Begitu juga pemberian glukosa tidak digalakkan kepada bayi berumur setahun ke bawah.
Ucapan kata-kata “dulu boleh je minum glukos makan bubur umur 2 3 bulan..hidup je sampai sekarang” adalah ibarat berkata “dulu bawa motorsikal tidak pakai helmet, hidup juga sampai sekarang”. Malang tidak berbau. Bila sudah berlaku tiada apa yang hendak disesalkan lagi.
Sebagai ibu kena bertegas & bertanggungjawab sepenuhnya
(Sekadar gambar hiasan)
Puan sebagai ibu, bertanggungjawab penuh kepada anak puan. Tunjukkan pada mereka bahawa puan adalah ibu kepada anak puan dengan bertegas (dan berhikmah). Jika anak puan sakit, terpaksa dibedah dan ditahan di wad beberapa minggu, yang akan menjaga anak puan ialah puan sendiri. Bukan orang lain.
Banyaklah berdoa semoga ALLAH menyelamatkan anak-anak kita dari bahaya dan kezaliman dan kejahilan manusia sekeliling.
Maaf jika perkataan saya agak kasar. Itu semua untuk kebaikan anak puan yang masih kecil dan tidak berdosa.
sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad