Viral video Hafiz Mahamad meraikan kekasih dengan limousine baru-baru ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ramai yang tag pasangan masing-masing nak tunjuk betapa bertuahnya gadis tu dapat kekasih yang sweet dan romantik macam si Hafiz kan.
Yang paling tak boleh tahan siap suruh tiru style rambut dengan senyuman lagi. Haih apa la nak jadi. Kesian pakwe/tunang korang dibanding-bandingkan macam tu. Bagi orang yang dah berkahwin macam akak ni, semua tu dah tak penting katanya. True love is more than all materials put together. Real life tak sama macam drama dik!
Melayu & drama berpisah tiada, kesian kaum adam
MELAYU DAN DRAMA BERPISAH TIADA
So today I saw this video of two lovebirds, dia sewa LIMO tuuuu untuk celebrate bday gf dia.. flower bouquet dia pon besar giler.. hehe.. I have nothing against the video. It’s the fellas’ money and he can do whatever he wants with the money no doubt.. apa salahnya dia nak gf dia jadi pwincesss..
But what got me moved is the amount of people tagging their boyfriends and husband on the video.. Alahai.. kesian kaum adam semalam and hari ni..
Babe, you are 28 and your boyfriend of 5 years never buys you flowers? Apa bunga sekuntum pon takde??
You are 36 years old and your husband never celebrates your birthday? Takde LIMO, makan malam kat KLCC bagai apatah lagi indoor celebration kat Majestic Hotel?? Hehe..
Kehidupan sebenar tak sama seperti drama
So now let’s go to the reality of life.
Its been a few years, perasaan ini telah terpendam lama tapi hari ni I’m gonna let it all out. I don’t watch TV a lot. You won’t see me waiting for dramas or anything setiap kali menjelang Maghrib. Why? Because personally I believe, drama banyak mempengaruhi mindset kita dalam kehidupan berkeluarga. Its not good, especially for youngsters.
My favourite TV show would be, The Big Bang. Takde cintan cintun, science kelakar kelakar and the reality of life, hidup ini susah kalau takde kerja takde pitih nak bayar sewa rumah pun masalah.
MAK MAK PAK PAK..
Let’s not biasakan anak-anak kita dengan reality kehidupan dalam TV sebaliknya, ceritakan the real life scenario.. tell them what u see in the TV is not real life expectation.. growing up, my dad didn’t let me watch Hindustan movie and all those too melodramatic dramas. Why? Now I understand, because being young, u tend to put a benchmark, an expectation.. u expect life to be the way it is potrayed to you.. So when things dont fall into places like how u want it to be, u go crazy.. Ada bf baik, u tinggalkan utk yg kaya tapi perangai mcm hantu.. Ataupun u sedaya upaya adakan apa yg takde hatta menyusahkan orang sekeliling sampai mak pak kena bergadai tanah nak buat majlis kawin 5 star u.. Ha macam tu lah antaranya..
Drama Malaysia hakikatnya, semua orang anak Tan Sri Dato Sri. Umur 23 dah drive BMW. Hakikatnya kehidupan is not like that. Not even close.. Kenapa la takde orang buat movie yang tak berapa cliché.. Apa kata tunjuk kehidupan orang kerja kilang, duduk PPRT.. I mean normal life struggle.. nak makan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. yang terbeban kereta kena tarik, bulan ni kena bayar roadtax, maka kena menabung, etc.. tak banyak cerita macam ni la rasanya, yang lagi banyak ialah kisah cinta tengku dan anak orang susah. Atau anak Dato’ Sri kaya dan kisah cinta antara dua darjat..
Kesian budak muda yang letak semua ni benchmark kebahagiaan
Let me tell you youngsters out there. Semua tu hanya lakonan. Berlanggar bahu dengan anak Tan Sri terus jatuh cinta love at first sight tu lakonan dik. Anak Tan Sri tu jadi secret admirer hantar bunga tu pun dalam TV je dik..
Hakikat kehidupan ialah pergi kerja pukul 9 pagi dan kerja macam nak gila, by the time balik you look like a monster, muka berminyak boleh buat goreng ikan, baju bau rokok kawan sekerja, dan lain-lain lagi.. maka janganlah berangan anak Tan Sri, hatta dapat boyfriend pun kau dah bertuah.. ( akak nasihatkan cari la zaman Universiti hehe masa tu kau lawa sikit )..
I never like watching kisah cinta raja sehari at whatever show yang tunjuk wedding besar grand2, anak Tok ni kawin dengan Tok tu.. bukan sebab jealous, nope not at all.. tapi sebab kesian.. kesian dekat budak-budak muda yang letak semua ni as benchmark kebahagiaan.. haa amek kau, gaji dua ribu sebulan tapi kau nak kawin kat Dutchess Place.. pastu merepak lah dua sejoli pergi minta loan sana sini untuk finance wedding.. belum masuk wedding planner kau bayar harga kereta sebijik.. lepas kawin, hidup susah, nak bayar loan lepas tu ada baby pulak, nak beli susu anak pun cukup2 makan.. kenapa jadi macam tu? Get me? Again, wrong benchmark..
I always suarakan to my husband, apsal orang tv ni sekali sekala tak cover orang kampong punya wedding, or orang kawin kat PPRT.. Apa tu semua bukan cinta sejati ke? Tv stations, what are u trying to achieve by instilling all this in the minds of the next generation? Kawin humble2 takde masa depan yang cemerlang ke?
Apa kata filem melayu daripada tunjuk semua benda out on the surface, kita pertontonkan hakikat sebenar kehidupan? Hakikat sebenar masyarakat kita.
Kejujuran, tanggungjawab & kerjasama dalam perhubungan lebih penting
U know what matters in a relationship? Kejujuran. Tanggung jawab dan kerjasama. My husband always instill in me, love is not just feeling but also commitment. Bunga sejambak tak membantu dik bila kau ada baju segunung atas sofa kena lipat.. Bila rumah kau macam kapal karam tapi mak kau nak datang sekejap lagi, belon setinggi Kledang tu pun tak membantu.. Time2 macam tu yang paling berharga sekali ialah pasangan yang sama-sama kelam kabut siap rumah.. itu baru cinta sejati bawa ke mati dik.. Life is more than materials.
So jangan kecewa kalau cinta hati u tak datang bawak LIMO masa birthday u..Atau suami tak bagi IPHONG 6S dalam kotak KFC.. dia nak tolong hantar ambil balik kampong masa semester break, ataupun sidai kain sebeban masa weekend tu pun kira best dah.. ataupun jaga baby malam2 and biar u tidur.. syukur wei syukur.. itulah baru pwiincess sebenar..
Just so u youngsters know, true love is more than all materials put together..
Read something like this somewhere, ‘u suka bila orang bagi u RM100, tapi u taktau dalam Maybank dia ada RM 100,000, bila I bagi u RM 10 u tengok seblah mata, hakikatnya tu lah last RM10 I sampai gaji hujung minggu ni’..
So janganlah mintak bukan2 tak sesuai dengan budget bulanan pasangan u.. Takkan nak dia buat loan pulak sebab birthday u ye tak.. Lagi teruk kalau dia pinjam Ah Long saya cuma nak tolong sempena birthday u yg julung2 kali tu.. Nanti ada boyfriend romantic tapi dalam kenangan je sbb dah kena lenyek dengan Ah Long.. LOL
Hah, kaum Adam sekalian, silakan Tag gf gf korang..
HEHE..
Setiap orang mempunyai cara masing-masing nak raikan pasangan, bagi yang mampu nak sewa helikopter pun boleh. Tapi jangan la expect berlebih-lebihan sampai meminta yang bukan-bukan. Terima lebih dan kurang pasangan masing-masing baru la happy!
sumber: TF Mohammad