berita

Ini Jawapan Untuk Mereka Yang Bandingkan Harga Minyak & Iphone

November 3rd, 2016 | by Shafika
Isu & Kontroversi

ipongSejak semalam menjadi viral mengenai isu harga minyak yang naik. Rata rata netizen melahirkan rasa kecewa dan terkilan mengenai isu ini di laman sosial mereka.

Paling mendapat perhatian ramai adalah satu ‘tweet’ yang mengaitkan iphone dan minyak. Tak pasti pula minyak masak atau minyak petrol. Tidak bersetuju dengan ‘tweet’ tersebut, seorang lelaki di laman Facebook pula membalas sinis mengenai kenyataan dari ‘tweet’ ini. Haish macam macam.

Minyak naik semua bisingejat

Orang kaya macam adik pilihannya hanya nilai ringgit

orang-kaya-dan-orang-miskin(gambar sekadar hiasan)

Dik, tak kisah lah kalau iphone 7 masuk ke Malaysia dan dibeli oleh orang orang berduit macam adik. Kami yang miskin boleh beli telefon android skala murah. Malah kalau BMW naik harga pun takpe..kami boleh beli Axia. Bukan semua mampu beli Iphone dik…tapi bila minyak naik semua terkesan dik. Orang kaya merungut…orang miskin lagi bersungut.

Tapi orang kaya merungut boleh hidup mewah mcm adik..merungutnya sekejap je..orang miskin macam kami? Makin hari makin melidi. Orang kaya macam adik pilihannya hanya nilai ringgit

Iphone tu kehendak, bukan keperluan

hj

(gambar sekadar hiasan)

Kalau dulu harga iphone rm3000 sekarang naik rm3200 apalah sangat..(betul ke harga tu sebab saya tak mampu beli) Tapi bagi orang miskin..minyak masak dulu harga rm13.00 sebotol 5kg jadi rm22.00 besar jaraknya..yang berniaga cucur pisang takkan nak jual rm1 sekeping sedangkan dulu rm1 dijual untuk tiga keping. Harga minyak tetap naik..yang kaya takda apa apa…yang marhaen macam kami..rasa disentap nyawa…

Kadangkala terfikir juga..pemimpin kami ni manusia atau malaikat maut.. kerana tekanan..yang terjun jambatan pun sanggup.
Sedarlah dik…IPHONE TU KEHENDAK MINYAK TU KEPERLUAN. Takut satu hari nanti..iphone kau gadai untuk beli beras….

Sumber : Cikgu Emmet menulis

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×