Indonesia memang terkenal dengan pemandangan yang ‘superb’. Mungkin ada antara korang yang sudah biasa ke Indonesia demi memburu keindahan alam yang luar biasa. Kalau nak di senaraikan memang tak habis. Antara tempat yang menjadi kunjungan pelancong pada tahun lepas semestinya Kota Jogjakarta. Mungkin kerana filem meletop ‘Ada Apa Dengan Cinta 2’ telah membawa pelancong Malaysia ke sana. Betul ke?
Namun sebenarnya, kalau korang nak tahu masih banyak wisata wisata lain di kota Jogjakarta yang pasti buat korang terpegun. Nah, kami kongsikan buat anda semua antara wisata yang luar biasa yang bukan hanya di filem ADDC2. Memang bagus dan asikk seh!
Puthuk Mongkrong
Boleh menangis beb kalau korang ke sini! Pemandangan yang memukau hati sesiapa yang tengok. Untuk pengetahuan korang Puthuk Mongkrong tidak boleh dilalui dengan kereta ya. So siapa yang sukakan adventure boleh cuba ke sini dengan menaiki motor. Memandangkan ini wisata baru, jalannya agak bahaya dan mencodong naik ke atas. Tapi jangan risau kerana kepayahan korang akan terbayar dengan melihat keindahan tempat ini!
Pemandangan paling bagus adalah di waktu pagi dengan melihat ‘sunrise’. Dari Kota Jogjakarta cuma memakan masa selama 2 jam dan korang boleh ‘waze’ ke sini. Tempat ini satu laluan dengan Borobudur dan Puthuk Setumbu (ADDC2). Bayaran masuk cuma 5ooo rupiah bersamaan sekitar RM 1.50 buat masa sekarang.
Jurang Tembelan Kanigoro
Ini pula ala ala ‘titanic’ gaiss! Untuk ke sini sangat mudah memandangkan tempat ini terletak di wisata yang femes seperti Hutan Pinus dan Puncak Kebuh Buah Mangunan. Siapa yang alang alang ke sini. Apa salahnya suruh saja pak supir ke sini sekalian satu jalur aja kok! Bayaran masuk buat masa sekarang gratis! Ya percuma aja sih.
Batu Ratapan Angin, Dieng
Untuk kesini memerlukan masa lebih kurang 5 ke 6 jam dari kota Jogjakarta. Agak jauh memandangkan terletak di tanah tinggi seperti di Cameron Highland. Suhunya sekitar 16’c dan boleh jatuh sehingga 8’c di sebelah malamnya. Jadi jangan lupa persiapkan diri korang dengan baju tebal ya. Nak pakai bulu bulu pun boleh.
Dari atas sini korang boleh melihat telaga warna dengan lebih jelas. Memang cantik gais. Untuk kesini korang perlu ‘hiking’ sedikit sekitar 15 minit aja. Di atas sini juga, korang boleh cuba jambatan gantung. Jangan risau, segala kelengkapan keselamatan akan diberi dengan cuma bayaran 10,000 Rupiah. Asik banget!
Puncak Sikunir
Bagi korang penggemar sunrise, ini tempat wajib korang kunjungi. Terletak di dalam daerah Dieng dan cuma mengambil masa 30 minit untuk sampai ke atas.
Tempat ini dipanggil ‘Golden Sunrise’ oleh penduduk tempatan memandangkan sunrise nya berwarna keemasan. Fuhh terbaik!
Telaga Menjer
Ini wisata baru dibuka di dalam daerah Dieng. Lebih kurang setengah jam dari kota dieng. Tempat ini memang adventure habis memandangkan baru dibuka. Jalannya agak berbatu dan berbahaya.
Untuk pengetahuan korang, motor sahaja yang boleh naik sampai ke atas ya. Kalau sanggup naik ke atas sejauh 2km apa salahnya.
Sebenarnya banyak lagi wisata liburan yang bagus di Kota Jogjakarta selain dari di atas. Orang Indonesia memang sangat friendly dan peramah. Makanan pun sedap sedap dan murah pulak tu!
Tips untuk korang nak masuk harga lokal untuk tempat wisata. Boleh la cuba bahasa jawa sikit sikit. Igeh! Hehe. Sesiapa plan nak ke Jogjakarta dalam waktu terdekat ni, jangan lupa singgah ke semua tempat di atas ya! Selamat bercuti!