Beberapa hari lepas trending di sosial media mengenai kes yang terjadi di Amerika Syarikat, iaitu ‘Muslim Ban’ di mana ramai orang berhimpun tanda protes di JFK Airport, Amerika Syarikat. Isu tersebut telah mendapat perhatian satu dunia. Malah ada beberapa peguam sukarela turun padang untuk membantah keputusan ‘Muslim Ban’ yang dibangkitkan oleh Pemimpin baru mereka, Donald Trump.
Belum sempat isu ‘Muslim Ban’ ni reda, muncul pula foto satu keluarga menunjukkan seolah-olah tangan mereka digari. Foto tersebut viral dan jadi perbincangan orang ramai. Ada yang kata bahawa mereka digari dan ada yang tak bersetuju. Bagaimana pendapat anda?
Tangan budak kecil digari, hantar balik ke Syria?
Foto diatas telah mendapat lebih 22k perkongsian di Twitter. Menurut pengguna akaun Twitter diatas, dia telah mendapat kiriman info dan foto dari rakannya mengatakan bahawa satu keluarga telah ditahan, malah digari serta dihantar balik ke Syria. Menurut pengguna Twitter ni juga bahawa anak mereka yang masih kecil juga turut digari.
Foto tersebut telah membangkitkan kemarahan orang ramai;
Betul ke? Nampak macam bukan digari pun
Walaubagaimana pun ramai juga yang mempersoalkan kesasihan foto satu keluarga ni digari. Ramai mengatakan bahawa tiada bukti menunjukkan foto tersebut menceritakan situasi sebenar. Anda rasa macam mana?
Sebenarnya ini yang berlaku..
Akhirnya ayah kepada budak kecil yang dilaporkan digari tu beritahu perkara sebenar di Twitter. Foto viral tu nampak seolah-olah keluarga mereka digari ialah kerana keadaan/posisi badannya ketika tu.
Sumber: Twitter