Jepun memang terkenal dengan inovasi mereka yang canggih, pelik, unik serta kreatif. Selain itu juga, Jepun merupakan sebuah negara dengan persekitaran semulajadi yang indah, menarik serta bersih. Siapa pernah ke Jepun mesti tahu bagaimana bersihnya negara itu. Betul tak?
Kali ini kami nak kongsikan dengan anda gambar kreatif seni padi di Jepun. Memang tak sangka mereka punya idea sampai tahap padi pun dorang inovasikan. Memang kreatif habis!
SENI PADI JEPUN
——————————-
20 Tahun yang lalu boleh dikatakan langsung tiada pelancongan di inakadate di jepun. Satu masyarakat luar bandar yang terdiri daripada sawah padi dan kebun epal, tiada sebab untuk pelancong datang mengunjungi tempat ini.
.
Koichi hanada, seorang kerani di balai raya kampung tersebut ditugaskan untuk mencari satu jalan agar kampung itu dapat menarik perhatian pelancong. Setelah berbulan berfikir beliau ternampak kanak-kanak bermain di sawah padi sebagai projek kelas mereka.
.
Mereka menuai 2 jenis tanaman padi, ungu dan hijau terang. Dari situ Hanada mendapat idea dengan menuai padi dengan berbeza warna jenis padi bagi dan menghasilkan imej daripada atas.
.
Mereka menggelarnya seni padi dan akhirnya berjaya menarik pelancong ke kawasan berkenaan.
#tanjongkarang
Kreatif habis!
Favourite anime kegemaran ramai! Naruto in the house..
Memang nampak real kan?
Macam 3D pulak tengok Maharani Haruko ni. Yeke Maharani Haruko? Haha
Bila dua padi terpisah oleh jalan raya tapi dorang ni masih kreatif untuk menampakkan padi ni menarik.
Memang terbaik la! Kemas dan kreatif
Ni paling comel! Siapa je tak layan Doraemon? Mungkin 20 tahun akan datang negeri Kedah akan seperti ini? Hehe
Sumber : Tanjong Karang