Semalam menjadi viral servis doa hajat terus dari Masjidil Haram di Facebook sehingga mendapat lebih 10k perkongsian. Servis ini turut didatangkan sekali dengan pakej berdoa. Memang menarik sungguh idea syarikat ni. Rata rata netizen menganggap bisnes syarikat itu tidak masuk akal langsung.
Mungkin ramai yang menganggap bisnes itu sekadar troll dan hiburan semata-mata. Namun, hari ni PU Rahmat telah memuat turun satu status perbualan di whatsapp bersama syarikat itu di Facebook miliknya. Fuhh! Macam macam..
Servis doa dari Masjidil Haram
Pakej Yamani dan Hajar Aswad
Rupa-rupanya Upah berdoa ini betul2 berlaku, saya ingatkan Troll semata mata.
Dengarlah teman, Doa kita kepada Allah tidak memerlukan perantara-perantara yang diupah untuk dimakbulkan doa. Doalah sepenuh hati dengan keyakinan bahawa Allah Maha Memiliki Segalanya akan memakbulkan permintaan kita, Allah tidak pernah lewat mengabulkan doa kita, cuma kita yang tidak sabar dengan aturanNya.
Kalaupun kalian banyak sangat duit, maka bersedekahlah. Kerana bersedekah itu mempercepatkan doa dimakbulkan.
-PU RI-
Antara komen netizen
Sumber : Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan